Skuad B-23 negara kendalian jurulatih Datuk Ong Kim Swee mengakhiri kempen Sukan SEA dengan kemenangan selesa 3-1 ke atas Laos dalam perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Bishan, Singapura, malam tadi.
Pasukan Laos terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-21 melalui tandukan Soukchina Natphasouk.
Namun, skuad Kim Swee berjaya bangkit untuk menunjukkan belang sebenar apabila meledak tiga gol menerusi Syafiq Ahmad pada minit ke-41, Saiful Ridzuan pada minit ke-70 dan Syahrul Azwari pada minit ke-80.
Kemenangan itu meletakkan Malaysia di tempat ketiga dengan sembilan mata daripada lima perlawanan manakala Thailand dan Vietnam pula melayakkan diri ke peringkat separuh akhir selaku johan dan naib johan kumpulan.
KUMPULAN B |
P |
M |
S |
K |
J |
B |
MT |
THAILAND* |
5 |
5 |
0 |
0 |
16 |
1 |
15 |
VIETNAM* |
5 |
4 |
0 |
1 |
17 |
4 |
12 |
MALAYSIA |
5 |
3 |
0 |
2 |
7 |
7 |
9 |
LAOS |
5 |
2 |
0 |
3 |
6 |
13 |
6 |
TIMOR LESTE |
5 |
1 |
0 |
4 |
4 |
10 |
3 |
BRUNEI |
5 |
0 |
0 |
5 |
2 |
17 |
0 |
30 MEI 2015
MALAYSIA 1
D. Saarvindran m-12
TIMOR-LESTE 0
2 JUN 2015
VIETNAM 5
Mac Hong Quan m-15 (penalti)
Nguyen Cuong Phuong m-47, 53
Vo Huy Tuan m-47
Nguyen Van Toan m-80
MALAYSIA 1
Syahrul Azwari m-78
4 JUN 2015
MALAYSIA 0
THAILAND 1
Sarach Yooyen m-81
8 JUN 2015
BRUNEI 0
MALAYSIA 2
Nurridzuan Abu Hassan m-71
Adam Nor Azlin m-77
11 JUN 2015
LAOS 1
Soukchina Natphasouk m-21
MALAYSIA 3
Syafiq Ahmad m-41
Saiful Ridzuan m-70
Syahrul Azwari m-80