Temubual bersama fixo Selangor MPSJ, Steffi Sarge Kaur

Tugas sebagai seorang kapten bukanlah sesuatu yang mudah untuk dipikul bagi seseorang pemain. Namun, bagi fixo Selangor MPSJ, Steffi Sarge Kaur, kepercayaan yang telah disandarkan oleh ketua jurulatih, Mohd Fairuz bin Mohd Noor itu dianggap sebagai penghormatan buat dirinya.

“Seorang kapten mempunyai tanggungjawab untuk memberi tunjuk ajar kepada pemain lain dan juga mengawal situasi di dalam perlawanan,” ujar Steffi.

Pemain berusia 27 tahun itu yang juga pemain futsal kebangsaan mengakui kerjasama rakan sepasukannya banyak membantu dalam menjalankan tugas.

“Rakan sepasukan banyak memberi kerjasama dan tugas ini tidak menjadi masalah buat diri saya,” tambahnya lagi.

Menurut Steffi, pasukannya juga dilihat mempunyai keupayaan untuk mempertahankan kejuaraan Liga Futsal Kebangsaan FAM-Felda (LFK) yang dimenangi tahun lepas.

“Setelah empat perlawanan, saya berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh pasukan saya. Kalau boleh, kami mahu kekalkan kejuaraan kami,” katanya.

Pasukan Selangor MPSJ menundukkan Kedah 3-2 sebelum tewas tipis kepada pasukan Sabah 1-0 di dalam aksi minggu kedua LFK.

J Category: 
article/futsal