Tiket Sukan SEA 2015 mula dijual

Peminat sukan bola sepak negara berpeluang membeli tiket perlawanan Sukan SEA 2015 bermula 6 Mei dengan tiket berharga S$20 (kira-kira RM53.84).

Tiket boleh dibeli melalui:

·         Laman web: http://tickets.seagames2015.com

·         Talian penting: +65 3158 8080

·         Kaunter Tiket Stadium Bishan

Diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan juara bertahan Thailand, Vietnam, Brunei, Laos dan Timor Leste, skuad kebangsaan bawah-23 tahun akan memulakan kempen kejohanan Sukan SEA pada 30 Mei ini.

Berikut merupakan jadual perlawanan pasukan bimbingan ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee:

Tarikh

Perlawanan

Tempat

30 Mei 2015

Malaysia lawan Timor Leste

Stadium Bishan

2 Jun 2015

Vietnam lawan Malaysia

Stadium Bishan

4 Jun 2015

Malaysia lawan Thailand

Stadium Bishan

8 Jun 2015

Brunei lawan Malaysia

Stadium Bishan

11 Jun 2015

Laos lawan Malaysia

Stadium Bishan

 

J Category: 
article/latest-news