Usaha Frenz United dipuji

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Makhota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah memuji usaha Akademi Bola Sepak Frenz United menganjur Piala ASEAN FAM-Frenz B-15 2013 yang dianggap sebagai titik permulaan melahirkan pemain hebat.

Kejohanan tersebut bakal disertai 11 negara Asia Tenggara, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Laos, Filipina, Timor Leste, Brunei, Singapura dan Malaysia akan diwakili Akademi Frenz United dan pasukan bawah 15 kebangsaan.

Stadium Janda Baik, Pahang bakal menjadi gelanggang utama pasukan Malaysia. Kejohanan menawarkan ganjaran utama ASD100,000 (RM300,200). Kejohanan ini dijangka berlangsung pada 25 Mei hingga pada 8 September.

J Category: 
article/latest-news