Malaysia tewas 6-0 kepada pasukan tuan rumah, China pada aksi sulung Kumpulan I, Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2016 di Stadium Pusat Sukan Huai'an, sebentar tadi.
Gol-gol hasil jaringan Zhang Yuning pada minit ke-32 (penalti) dan 34, Gao Haisheng pada minit ke-48 dan 53, Yao Daogang pada minit ke-58 dan Shan Huanhuan pada minit ke-87 membolehkan China untuk mengutip tiga mata di hadapan penonton sendiri.
Terdahulu pada satu lagi perlawanan Kumpulan I, Korea Utara turut merakam kemenangan 6-0 ke atas Macau. Skuad bawah-19 negara dijadualkan bakal menentang Korea Utara, Ahad (4 Oktober 2015) ini pada pukul 3.30 petang (Waktu Malaysia).
KOMEN JURULATIH MALAYSIA B-19, HASSAN SAZALI MOHD WARAS
“Pasukan bermain baik di awal permainan dan mengimbangi kekuatan pasukan lawan yang mempunyai kelebihan bermain hantaran-hantaran jauh melalui kelebihan fizikal yang mereka miliki.
“Namun, kesilapan-kesilapan individu daripada pemain-pemain telah digunakan sepenuhnya oleh pasukan lawan bagi memenangi perlawanan ini.
“Saya berharap pemain-pemain tidak mudah putus asa dan menjadikan keputusan ini sebagai pengajaran yang baik untuk menghadapi perlawanan kedua nanti bertemu Korea Utara, pada hari Ahad ini.”
KEPUTUSAN HARI INI
|
P |
M |
S |
K |
G |
B |
MT |
CHINA |
1 |
1 |
0 |
0 |
6 |
0 |
3 |
KOREA UTARA |
1 |
1 |
0 |
0 |
6 |
0 |
3 |
MACAU |
1 |
0 |
0 |
1 |
0 |
6 |
0 |
MALAYSIA |
1 |
0 |
0 |
1 |
0 |
6 |
0 |