2015-12-26
Skuad Malaysia B-14 kendalian jurulatih Richard Scully menamatkan saingan Kejohanan ASEAN Dream B-14 2015 di Pusat Latihan Muangthong United FC, Bangkok di tangga kelima selepas membelasah Shimizu S-Pulse 5-0 pada perlawanan penetuan tempat ke-5/6, semalam (25 Disember).
Penyerang berbisa, Khussaini Adli Mohd Yusof muncul wira apabila menjaringkan hatrik pada minit ke-18, 41 dan 51 manakala dua lagi gol telah dijaringkan oleh Adam Fahimi Mohammad Bashir (minit ke-2) dan Adam Farhan Mohd Azmi (minit ke-16).
Malaysia berjaya menempah slot suku akhir setelah muncul naib juara Kumpulan A dengan rekod tiga kemenangan dan satu kekalahan.
Namun, skuad B-14 kebangsaan terpaksa akur untuk sekadar beraksi di penentuan tempat ke-5 hingga ke-8 selepas tewas 4-2 kepada Montedio Yamagata pada aksi suku akhir sebelum bangkit untuk menundukkan Kawasaki Frontale 4-2 pada perlawanan penentuan tempat ke-5 hingga ke-8.
Dalam pada itu, Khussaini dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 12 gol dan turut ditawarkan sesi percubaan bersama kelab Jepun, Yokohama F. Marinos, Mei tahun depan.
Pemain kelab Thailand, BEC Tero Sasana, Guntapon Keereeleang pula memenangi anugerah pemain paling bernilai kejohanan.
KOMEN JURULATIH SKUAD MALAYSIA B-14, RICHARD SCULLY
“Pada pertandingan ini, secara keseluruhan pemain dapat menimba pengalaman yang berharga bermain bersama pasukan daripada Japan dan Thailand.
“Pertandingan ini juga menjadi sebagai penanda aras bagi pasukan Malaysia dari segi kaedah latihan dan pertandingan yang setaraf dengan pasukan Jepun seperti kelab Nagoya Grampus, Montedio Yamagata dan Kawasaki Frontale.
“Pada dasarnya, ideologi dan pemikiran pemain lebih terbuka untuk melihat tahap pemain kita dengan pemain dari negara lain dari segi teknik dan teknikal dari pertandingan ini.
“Akan tetapi, kita telah berjaya melahirkan beberapa pemain yang boleh diketengahkan bakat mereka dengan lebih jauh lagi.
"Pihak penganjur juga telah melihat kelebihan salah seorang pemain kita iaitu Khussaini Adli Mohd Yusof yang telah menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan ini dengan menjaringkan 12 gol.
“Beliau juga telah terpilih sebagai ‘DREAM Player’ yang berpeluang untuk menjalani latihan di salah sebuah kelab di Japan bersama-sama pemain daripada BEC Tero Sasana iaitu Guntapon Keereeleang.
“Kita perlu bangga dengan pencapaian ini kerana pasukan kita menduduki tempat 5 terbaik dan saya berharap pihak FAM dapat mengekalkan pemain-pemain ini menjelang kelayakan AFC bawah-19 tahun 2020.
“Oleh itu, saya berharap pemian ini dapat di tempatkan di bawah satu bumbung iaitu di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi memudahkan pelbagai aspek seperti penyelenggaran dan persiapan yang secukupnya.
“Kita juga akan memanggil lagi beberapa pemain lain daripada Sekolah Sukan Negeri yang menyertai Liga Bolasepak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi memantapkan pasukan ini. Kesinambungan ini harus dikekalkan demi mempertingkatkan mutu dan kualiti pembangunan bolasepak negara kita.
“Saya berterima kasih kepada pihak penganjur kerana telah menganjurkan pertandingan ini secara professional oleh pihak Persatuan Bolasepak Jepun dengan kerjasama daripada Persatuan Bolasepak Thailand dengan kemudahan seperti tempat pertandingan, perubatan dan sekreteriat.”
REKOD PERLAWANAN MALAYSIA B-14 SEPANJANG KEJOHANAN ASEAN DREAM B-14 2015
TARIKH |
PERLAWANAN |
KUMPULAN A |
|
20 Disember |
Albirex Niigata 0-4 MALAYSIA |
20 Disember 2015 |
MALAYSIA 5-0 Port FC |
21 Disember 2015 |
Osotspa FC 0-3 MALAYSIA |
22 Disember 2015 |
Nagoya Grampus FC 2-1 MALAYSIA |
SUKU AKHIR |
|
23 Disember 2015 |
Montedio Yamagata 4-2 MALAYSIA |
PENENTUAN TEMPAT KE-5 HINGGA KE-8 |
|
24 Disember 2015 |
MALAYSIA 4-2 Kawasaki Frontale |
PENENTUAN TEMPAT KE-5/6 |
|
25 Disember 2015 |
MALAYSIA 5-0 Shimizu S-Pulse |
SENARAI PENJARING GOL MALAYSIA
NAMA |
JUMLAH JARINGAN |
Khussaini Adli Mohd Yusof |
12 |
Adam Fahimi Mohammad Bashir |
4 |
Saravanan Thirumurugan |
2 |
Ahmad Irfan Bin Mohd Noor |
1 |
Aiman Syakhir Mohd Zulkifli |
1 |
Muhammad Fadil Abdullah |
1 |
Muizuddin Nafis Mohd Nasrol |
1 |
Adam Farhan Mohd Azmi |
1 |
Izzat Zikri Iziruddin |
1 |