2015-12-23
Berikut senarai nama 20 pemain yang dipanggil ketua jurulatih skuad futsal lelaki kebangsaan, Marcelo Serpa untuk kem latihan pusat di Shah Alam bermula 3 Januari 2016 sebagai persiapan menghadapi pusingan akhir Kejuaraan Futsal AFC 2016 di Uzbekistan dari 10 hingga 21 Februari 2016.
|
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1 |
AHMAD FAWZUL HADZIR |
28 |
FELDA UNITED |
2 |
SAIFUL NIZAM MOHAMAD ALI |
24 |
FELDA UNITED |
3 |
AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ |
28 |
FELDA UNITED |
4 |
MUHAMMAD FITRI MUHAMMAD YATIM |
27 |
FELDA UNITED |
5 |
MUHAMMAD AKMAL YAZADH AMRI |
26 |
FELDA UNITED |
6 |
MOHD AZWAN ISMAIL |
23 |
FELDA UNITED |
7 |
MUHAMMAD AZRI RAHMAN |
21 |
FELDA UNITED |
8 |
MUHAMMAD SHAMAR FADZIL |
22 |
MELAKA |
9 |
MUHAMMAD ADDLI CHE HUSIN |
25 |
MELAKA |
10 |
AMAR ASHRAF ABU BAKAR |
27 |
KEDAH |
11 |
MOHD FIRDAUS RAZALI |
31 |
MPSJ |
12 |
SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR |
19 |
MPSJ |
13 |
MUHAMMAD AFIF ASYRAF MUHD HALIL |
21 |
MPSJ |
14 |
HELMI IMRAN MOHD NOR |
21 |
MPSJ |
15 |
MOHD RIDHWAN ZAINAL |
27 |
KUALA LUMPUR MK |
16 |
KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN |
28 |
SELANGOR |
17 |
AKMARULNIZAM MOHD IDRIS |
24 |
PAHANG |
18 |
MOHD AFIQ ABDUL RAHMAN |
24 |
PAHANG |
19 |
MOHD RIDZWAN BAKRI |
21 |
SABAH |
20 |
MOHD IFTITAH AHMAD |
22 |
SABAH |
Daripada senarai di atas, 14 pemain yang beraksi pada dua perlawanan persahabatan bertemu Qatar di Doha baru-baru ini yang berkesudahan tewas 6-2 (14 Disember) dan tewas 4-3 (16 Disember) dikekalkan.
Dua pemain yang tidak ke Doha iaitu penjaga gol, Mohd Firdaus Razali (MPSJ) dan Muhammad Afif Asyraf Muhd Halil (MPSJ) kembali dipanggil bersama empat muka baharu iaitu Muhammad Addli Che Husin (Melaka), Helmi Imran Mohd Nor (MPSJ), Mohd Ridhwan Zainal (Kuala Lumpur MK) dan Mohd Iftitah Ahmad (Sabah).
Skuad negara telah diundi dalam Kumpulan D bersama juara bertahan, Jepun; naib juara Kejuaraan Futsal AFF 2015, Australia serta Qatar.
Malaysia akan memulakan cabaran berdepan Australia pada 11 Februari diikuti aksi bertemu Jepun pada 13 Februari dan Qatar pada 15 Februari.
Jika berjaya muncul dua pasukan teratas Kumpulan D, Malaysia bakal berdepan wakil dari Kumpulan C yang terdiri daripada Thailand, Vietnam, Taiwan dan Tajikistan di suku akhir.
Perlawanan suku akhir dijadual berlangsung pada 17 Februari diikuti aksi separuh akhir pada 19 Februari dan final pada 21 Februari.
Lima pasukan terbaik kejohanan iaitu empat yang layak ke separuh akhir & satu pemenang playoff tempat kelima (di kalangan empat pasukan yang kalah suku akhir) akan layak ke Piala Dunia Futsal FIFA 2016 di Colombia dari 10 September hingga 1 Oktober 2016.