2015-12-17
Skuad B-14 Malaysia kendalian jurulatih Richard Scully akan berlepas ke Bangkok, Thailand pada Sabtu ini untuk menyertai kejohanan ASEAN Dream B-14 2015 dari 20 hingga 25 Disember ini.
Kejohanan disertai 20 pasukan terdiri daripada enam kelab dari Jepun, 12 kelab dari Thailand serta dua pasukan dari ASEAN - Malaysia B-14 dan PVF Vietnam ini akan berlangsung di Padang Latihan Muangthong United di Bangkok.
Malaysia B-14 telah diundi dalam Kumpulan A bersama-sama dua kelab Jepun, Nagoya Grampus dan Albirex Niigata serta dua kelab Thailand, Port FC dan Osotspa M-150.
Berikut jadual perlawanan peringkat kumpulan:
AHAD, 20 DISEMBER 2015
Albirex Niigata lwn MALAYSIA B-14, 10.30 pagi
MALAYSIA B-14 lwn Port FC, 1.30 petang
ISNIN, 21 DISEMBER 2015
MALAYSIA B-14 lwn Osotspa M-150, 12.00 tengah hari
SELASA, 22 DISEMBER 2015
Nagoya Grampus lwn MALAYSIA B-14, 1.30 petang
Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir manakala pasukan tempat ketiga dan keempat kumpulan akan ke saingan kalah mati menentukan tempat ke-9 hingga 16 dan tempat kelima kumpulan beraksi perlawanan klasifikasi tempat ke-17 hingga 20.
Perlawanan-perlawanan tersebut akan berlangsung dari 23 hingga 25 Disember dengan kemuncak kejohanan ialah perlawanan akhir di Stadium SCG Muangthong pada jam 3.00 petang, 25 Disember.
Berikut senarai pegawai dan 20 pemain skuad B-14 Malaysia yang terdiri daripada pemain-pemain dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Bandar Penawar, Johor:
Pengurus/ketua jurulatih: RICHARD NELSON SCULLY
Penolong jurulatih 1: AHMAD YASSER ARAFAT BIN MOHD NAJIB
Penolong jurulatih 2: ASMAN BIN ISMAIL
Jurulatih penjaga gol: MOHD FAIRUZ FIRDAUS BIN NURUL ZAMAN
Fisioterapis: AHMAD IBRAHIM BIN JAAFAR
Kitman: HERMAN PELANI BIN SYAHRIL
Administrator: RYDWAN BIN SOEHARTO
1. NOR HAKEEM BIN HAMIDUN (penjaga gol)
2. MUHAMMAD AIKMAL BIN ROSLAN (pertahanan kiri)
3. MUHAMMAD IRFAN FAIZ B. MOHD SHAHARUDIN (pertahanan tengah)
4. MUHAMMAD SYAHKHIR BIN MUHAMAD RAZALI (pertahanan kanan)
5. ADAM FARHAN BIN MOHD AZMI (pemain tengah bertahan)
6. SARAVANAN A/L THIRUMURUGAN (pemain sayap kiri)
7. MUHAMMAD IZZAT ZIKRI BIN IZIRUDDIN (pemain tengah menyerang)
8. MOHD NASIP BIN MOHAMMAD ZAIN (penyerang)
9. MUHAMAD MUIZUDDIN NAFIS BIN NAZROL (pemain sayap kiri)
10. MUHAMMAD FADIL BIN ABDULLAH (penyerang)
11. MUHAMMAD AIDIL BIN AZUAN (pertahanan tengah)
12. AZNIL ASYRAAF BIN AZHAR (pertahanan tengah)
13. MUHAMMAD MUKHAIRI AJMAL BIN MAHADI (penyerang)
14. MOHAMAD KHUSSAINI ADLI BIN MOHD YUSOF (pemain tengah bertahan/penyerang)
15. MUHAMMAD AIMAN SYAKHIR BIN MOHD ZULKIFLI (penyerang)
16. MUHAMAD ADAM FAHIMI BIN MOHAMAD BASHIR (pemain sayap kanan/kiri)
17. AHMAD IRFAN BIN MOHD NOOR (pemain tengah menyerang)
18. MUHAMMAD DANIEL FIKRI BIN YAZID (pemain tengah)
19. MUHAMMAD FIRDAUS BIN SHUKUR (penjaga gol)
20. ROUDELL ENEL TAN (pemain tengah)