2016-02-15
Malaysia mengakhiri kempen Kejuaraan Futsal AFC 2016 dengan kekalahan 6-2 kepada Qatar pada aksi terkahir Kumpulan D di Stadium Universal, Tashkent semalam.
Akmarulnizam Mohd Idris meletakkan skuad negara di hadapan menerusi jaringan awal pada minit ke-2 sebelum Qatar meledak tiga gol dalam masa enam minit melalui jaringan Mohamed Ali (m-3), Saad Bilal (m-5), dan Hadi Jaber (m-9).
Namun, skuad kendalian Marcelo Serpa itu berjaya merapatkan jurang apabila Muhammad Afif Asyraf Muhd Halil pada minit ke-18 untuk kedudukan 3-2, pada separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Qatar terus mengukuhkan kedudukan mereka dengan menambah tiga gol menerusi Hadi Jaber (m-26) dan pemain naturalisasi, Lucas Oliviera (m-39 & m-40).
Pada satu lagi aksi Kumpulan D, juara bertahan, Jepun menundukkan Australia 3-1.
Terdahulu pada dua perlawanan sebelum ini, Malaysia tewas 2-1 kepada Australia sebelum tumpas 11-1 kepada Jepun.
KEDUDUKAN TERAKHIR KUMPULAN D
|
P |
M |
S |
K |
G |
B |
MT |
JEPUN |
3 |
3 |
0 |
0 |
15 |
2 |
9 |
AUSTRALIA |
3 |
2 |
0 |
1 |
8 |
6 |
6 |
QATAR |
3 |
1 |
0 |
2 |
8 |
8 |
3 |
MALAYSIA |
3 |
0 |
0 |
3 |
4 |
19 |
0 |
Foto: AFC