PIALA PRESIDEN: KELANTAN BELASAH ATM, PERAK HIMPIT T-TEAM

2016-04-15 

Juara bertahan, Kelantan terus gah di tangga teratas Kumpulan A selepas mudah membelasah pasukan tercorot, ATM 6-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu tatkala T-Team kekal teratas Kumpulan B biarpun sekadar seri 2-2 dengan Pulau Pinang pada perlawanan keenam Piala Presiden 2016, petang semalam.

 Kemenangan besar Kelantan menyaksikan skuad kendalian Hashim Mustapha itu kini mengumpul 14 mata, dua mata mengatasi Terengganu bimbingan Roshadi Wahab yang naik satu anak tangga ke kedudukan kedua selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pemilik tangga kedua sebelum ini, Kedah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

 Johor Darul Ta'zim III pula berjaya melonjak tiga anak tangga ke kedudukan ketiga selepas skuad kendalian Ervin Boban itu mudah menewaskan Negeri Sembilan bimbingan Ahmad Fairuz Mohd Yunus 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang untuk kini mengumpul 11 mata.

 Felda United kendalian Sazali Saidun kekal di tangga keempat dengan 10 mata selepas seri 1-1 dengan UiTM FC di Stadium Mini USIM, Nilai manakala satu lagi perlawanan menyaksikan Perlis bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Sarawak 2-2 di Stadium Negeri, Kuching.

 Sementara itu, bagi saingan Kumpulan B, T-Team gagal meneruskan rentak kemenangan selepas diikat Pulau Pinang 2-2 di Stadium Bandaraya, namun pasukan kendalian Nafuzi Zain itu tetap kekal di tangga teratas dengan 13 mata.

 Perak kendalian Sayuddin Mohd Isa bagaimanapun kini sudah menyamai 13 mata di tangga kedua, naik satu anak tangga selepas berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas penghuni tangga kedua sebelum ini, PDRM di Stadium Perak, Ipoh.

 Melaka yang dibimbing G Torayraju kekal di tangga keempat selepas seri 0-0 dengan PKNS FC di Kompleks Sukan Kelana Jaya manakala Sabah turut kekal di tangga ketujuh selepas seri 1-1 dengan pasukan kedua tercorot, Kuala Lumpur di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

 Selangor pula kekal di tangga terbawah tanpa sebarang kemenangan selepas sekadar seri 2-2 dengan pasukan tangga kelapan, Pahang di Padang SUK, Shah Alam.

 Perlawanan ketujuh dijadual berlangsung pada Isnin ni, 18 April 2016.

 

KEPUTUSAN PENUH SEMALAM

 

KUMPULAN A

 

KELANTAN 6

Muhammad Danial Asyraf Abdullah 45+2' 67'

Muhammad Azwan Aripin 50' 82'

Wan Muhammad Azam Mazlan 69' 85'

ATM 1

Mohamad Faiz Mhd Shanol (p) 25'

 

TERENGGANU 1

Mohammad Haidhir Suhaini 27'

KEDAH 0

 

JDT III 3

Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak 40'

Mohamad Shafiqee Fitri Nor Azman 45+1' 58'

N SEMBILAN 0

 

FELDA UNITED 1

Che Muhammad Syazwan Syafiq Che Mazelan 76'

UITM FC 1

Muhamad Nazmie Ikhmal Mohd Nizar 73'

 

SARAWAK 2

Tommy Mawat Bada 14' 38'

PERLIS 2

Muhammad Aizzat Maidin Kotty 54'

Muhd Amirul Afif Shaari 90+1'

 

KUMPULAN B

 

P PINANG 2

Muhammad Junaidi Shafiai 69'

Mohamad Ramzee Othman 84'

T-TEAM 2

Muhamad Akram Asidi 31' 82'

 

SELANGOR 2

Muhammad Faizzudin Mohd Abidin 15'

Muhammad Syahmi Safari 55'

PAHANG 2

Muhammad Amirul Izwan Rosmadi 71'

Muhammad Sharmin Izwan Mohd Suffian 89'

 

SABAH 1

Rahman Shah Marajeh 15'

K LUMPUR 1

Muhd Aidil Adha Masri 65'

 

PERAK 1

E Paranitharan 71'

PDRM 0

 

PKNS FC 0

MELAKA 0