2016-09-21
Berikut senarai 25 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menghadiri kem latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 27 September ini (Selasa).
Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaysia (ranking 158) menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Singapura (ranking 155) di Stadium Nasional, Singapura pada 7 Oktober dan Afghanistan (ranking 149) di Stadium Shah Alam pada 11 Oktober 2016.
BIL |
NAMA |
UMUR |
POSISI |
PASUKAN |
1. |
SHAHRUL MOHD SAAD |
23 |
PERTAHANAN |
PERAK |
2. |
NAZIRUL NAIM CHE HASHIM |
23 |
PERTAHANAN |
PERAK |
3. |
MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY |
23 |
PENJAGA GOL |
PERAK |
4. |
MOHAMAD FAZRUL HAZLI MOHD KADRI |
27 |
TENGAH |
PERAK |
5. |
MOHD IRFAN FAZAIL |
25 |
TENGAH |
JOHOR DARUL TA'ZIM II |
6. |
MOHAMAD ZAQUAN ADHA ABD RADZAK |
29 |
PENYERANG |
JOHOR DARUL TA'ZIM II |
7. |
AHMAD FAKRI SAARANI |
27 |
TENGAH |
FELDA UNITED |
8. |
MUHAMMAD HADIN BIN AZMAN |
22 |
TENGAH |
FELDA UNITED |
9. |
KHAIRUL FAHMI CHE MAT |
27 |
PENJAGA GOL |
KELANTAN |
10. |
RONNY HARUN |
32 |
PERTAHANAN |
SARAWAK |
11. |
MATTHEW THOMAS DAVIES |
21 |
PERTAHANAN |
PAHANG |
12. |
AHMAD KHUZAIMI BIN PIEE |
23 |
PERTAHANAN |
MELAKA |
13. |
BADDROL BAKHTIAR |
28 |
TENGAH |
KEDAH |
14. |
MOHD RIZAL MOHD GHAZALI |
24 |
PERTAHANAN |
KEDAH |
15. |
MOHD SYAZWAN ZAINON |
27 |
TENGAH |
KEDAH |
16. |
ABDUL LATIFF SUHAIMI |
27 |
TENGAH |
PDRM |
17. |
MUHAMMAD FAKRUL AIMAN SIDID |
27 |
PENYERANG |
PDRM |
18. |
MOHD KHAIRULAZHAN MOHD KHALID |
27 |
PENJAGA GOL |
SELANGOR |
19. |
AHMAD HAZWAN BAKRI |
25 |
PENYERANG |
SELANGOR |
20. |
VEENOD A/L SUBRAMANIAM |
28 |
TENGAH |
SELANGOR |
21. |
ADAM NOR AZLIN |
20 |
TENGAH |
SELANGOR |
22. |
MOHAMAD FADHLI MOHD SHAS |
25 |
PERTAHANAN |
JOHOR DARUL TA'ZIM |
23. |
MOHD AMRI YAHYAH |
35 |
PENYERANG |
JOHOR DARUL TA'ZIM |
24. |
MOHD AZRIF NASRULHAQ BADRUL HISHAM |
25 |
PERTAHANAN |
JOHOR DARUL TA'ZIM |
25. |
MUHAMMAD SAFAWI RASID |
19 |
TENGAH |
T-TEAM |
Daripada senarai 25 pemain kali ini, seramai 20 pemain dikekalkan daripada skuad 24 pemain yang dipanggil untuk kem latihan pusat sebelum ini bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” di Solo, Indonesia pada 6 September lalu yang menyaksikan skuad kebangsaan tewas 3-0 kepada Indonesia.
Ia termasuk Nazirul Naim Che Hashim yang datang melaporkan diri di Wisma FAM tetapi diberi pelepasan untuk tidak ke Solo kerana disahkan mengalami kecederaan ketika itu.
Lima muka baharu yang dipanggil kali ini terdiri daripada Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri dari Perak, Muhammad Hadin Azman (Felda United), Ahmad Khuzaimi Piee (Melaka) serta Mohd Rizal Mohd Ghazali dan Mohd Syazwan Zainon (Kedah).
Mereka menggantikan empat pemain yang digugurkan iaitu Brendan Gan dan Wan Zack Haikal Wan Nor (Kelantan), Mohammad Amer Saidin (JDT II) serta Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka).
Kumpulan pertama 12 pemain yang disenaraikan kali ini perlu melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa ini, 27 September manakala baki 13 pemain dari Kedah, PDRM, Selangor dan T-Team yang terlibat dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia serta pemain JDT yang terlibat dalam separuh akhir pertama Piala AFC 2016 diminta untuk melapor diri pada 2 Oktober ini.
KOMEN KETUA JURULATIH KEBANGSAAN, DATUK ONG KIM SWEE
"Saya menyenaraikan 25 pemain kali ini kerana kita bakal menghadapi dua perlawanan iaitu bertemu Singapura dan Afghanistan.
"Pemain-pemain baharu seperti Fazrul Hazli, Hadin, Khuzaimi, Rizal dan Syazwan mempunyai peluang membuktikan kemampuan mereka dalam dua perlawanan ini untuk tersenarai ke Piala Suzuki AFF 2016.
"Selain Brendan Gan yang digugurkan kerana kecederaan, tiga pemain yang digugurkan iaitu Wan Zack, Amer dan Khair, bukan bermakna mereka terkeluar terus tetapi saya ingin melihat pemain-pemain lain supaya kesemua mereka ini diberi peluang yang sama.
"Saya tak boleh nak senaraikan semua 28 pemain kali ini. Lagipun saya sudah mengetahui kemampuan Wan Zack, Amer dan Khair, jadi yang penting saya harus memberi peluang kepada pemain lain juga untuk membuktikan kemampuan mereka.
"Saya memilih untuk memulakan kem latihan pusat lebih awal iaitu pada 27 September ini kerana 12 pemain yang tidak terbabit dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia dan Piala AFC kebanyakannya adalah di posisi pertahanan.
"Shahrul, Ronny, Matthew, Nazirul Naim, Khuzaimi dan Rizal adalah pemain pertahanan, jadi ini memberi peluang untuk saya bekerja lebih dan fokus kepada bahagian ini di mana saya boleh melakukan lebih banyak latihan-latihan berkumpulan terutama di bahagian pertahanan.
"Jadi apabila baki 13 pemain lain melapor diri pada 2 Oktober, saya boleh terus mempraktikkan keseluruhan taktikal.
"Sasaran kita untuk dua perlawanan ini ialah pertama untuk saya menilai pemain-pemain kerana ini kem latihan pusat terakhir sebelum saya menamakan pemain bagi fasa latihan terakhir menjelang Piala Suzuki AFF 2016 pada November ini.
"Keduanya, pada masa yang sama kita juga perlu mendapatkan keputusan yang positif di mana ia memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan ranking kita pada kemas kini seterusnya pada 20 Oktober."