Berikut senarai akhir 12 pemain dibawa ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Ismail Zakaria ke Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC 2017 dengan skuad Harimau Malaysia akan bersaing dalam Kumpulan A di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu bertemu Afghanistan (4 Mac), juara 2013 - Iran (5 Mac), juara 2006 - Bahrain (6 Mac) dan China (8 Mac).
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
MOHD NAZRI SULAIMAN |
32 |
TERENGGANU |
2. |
KHAIRUL AZIZI NORWAWI |
32 |
TERENGGANU |
3. |
MOHD ZAHARIM MOHD YUSOF |
35 |
TERENGGANU |
4. |
MOHD RIDUWAN MOHD NOOR |
27 |
TERENGGANU |
5. |
MOHAMMAD FAKHRULLAH MOHAMAD |
23 |
TERENGGANU |
6. |
MUHAMMAD QUSHAIRIE ASAARI |
19 |
TERENGGANU |
7. |
MOHD KHAIRUL NIZAM MOHAMAD |
35 |
TERENGGANU |
8. |
MOHD ROZAIRI AHMAD |
30 |
TERENGGANU |
9. |
MOHAMAD FAKHRUDDIN MOHAMAD |
23 |
TERENGGANU |
10. |
AJASNI PARMAN |
44 |
KUALA LUMPUR |
11. |
MOHD RIDHWAN ZAINAL |
29 |
KUALA LUMPUR |
12. |
MOHD SHAFIQ RIZA HUZAIR |
24 |
PAHANG |
Pasukan kebangsaan sudah menjalani kem latihan pusat di Kuala Terengganu sejak 18 Februari lalu dan telah menghadapi dua aksi pemanas badan menentang Iraq pada Selasa lalu yang berkesudahan seri 5-5 dan tewas 0-7 kepada Jepun, semalam.
KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD BOLA SEPAK PANTAI HARIMAU MALAYSIA, ISMAIL ZAKARIA
“Hanya satu pertukaran sahaja yang dibuat iaitu Khairul Azizi Norwawi menggantikan Aminullah Abd Razab yang mengalami kecederaan otot. Pertukaran ini tidak banyak memberi impak kerana kedua-dua pemain mempunyai kebolehan teknikal yang sama hanya berbeza pada ketinggian fizikal sahaja.
“Alhamdulillah, saya dapat lihat peningkatan dalam pasukan terutamanya dari segi kecergasan dan taktik. Walau bagaimanapun, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki tapi saya mengamalkan dasar berpijak di bumi yang nyata kerana amat sukar untuk memperbaiki semua aspek pada jangka masa yang pendek.
“Walaupun kita telah diundi bersama pasukan-pasukan yang kuat seperti Bahrain dan Iran, saya berharap pemain dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi di hadapan penonton-penonton yang hadir sekali gus membuktikan bahawa kita bukan pasukan belasahan.
“Daripada pemerhatian saya, bola sepak pantai ini perlu diusahakan lagi kerana negara kita mempunyai kemampuan untuk menghasilkan pemain-pemain bola sepak pantai yang berbakat dan berbekalkan pembangunan yang baik, tidak mustahil kita mampu menjadi antara 5 pasukan terbaik di Asia pada masa akan datang.”