Kongres Tahunan Ke-53 FAM telah berlangsung pada Sabtu, 25 Mac 2017 di Hotel Hilton Petaling Jaya.
Turut berlangsung, pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 yang menyaksikan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menang tanpa bertanding jawatan Presiden FAM bagi menggantikan KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah.