Mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021 yang dipengerusikan Presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah berlangsung di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu, 8 April 2017.
Turut berlangsung selepas mesyuarat berkenaan ialah sidang media, sesi dialog Presiden FAM bersama penyokong bola sepak tanah air di Sabah serta lawatan DYAM Tunku Ismail ke Stadium Likas.