2017-09-19
Berikut senarai 18 pemain dipilih ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk menyertai kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 22 September ini bagi persiapan menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2017 di Ho Chi Minh City, Vietnam dari 26 Oktober hingga 3 November 2017.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
ABU HANIFFA HASAN |
26 |
MELAKA |
2. |
MUHAMMAD AWALUDDIN HASAN |
26 |
MELAKA |
3. |
MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN |
30 |
MELAKA |
4. |
SAIFUL AULA AHMAD |
25 |
MELAKA |
5. |
MOHD FIRDAUS RAZALI |
33 |
MELAKA |
6. |
SAIFUL NIZAM MOHD ALI |
26 |
MELAKA |
7. |
YAZID KAMARUZUAN |
25 |
MELAKA |
8. |
AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ |
30 |
FELDA UNITED |
9. |
MUHAMMAD AZRI RAHMAN |
23 |
FELDA UNITED |
10. |
MOHD AZWANN ISMAIL |
25 |
FELDA UNITED |
11. |
SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR |
21 |
FELDA UNITED |
12. |
MUHAMMAD SHAMSUL AKMAR ZAMRI |
26 |
PAHANG |
13. |
MOHD RIDZWAN BAKRI |
23 |
PAHANG |
14. |
AKMARULNIZAM MOHD IDRIS |
26 |
PAHANG |
15. |
MUHAMMAD FARIKH KHABIBOR RAHMAN |
20 |
PERAK |
16. |
MOHAMAD AWALLUDDIN MAT NAWI |
19 |
PERAK |
17. |
MUHAMMAD SYAFIQ HAMZAH |
26 |
KL CITY |
18. |
HAZIZI MANSOR |
24 |
KL CITY |
Chun Yong mengekalkan 15 daripada 16 pemain dari skuad yang meraih pingat perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, bulan lalu. Hanya seorang pemain digugurkan iaitu Mohd Firdaus Ambiah (Melaka).
Bagi melengkapkan senarai 18 pemain untuk kem latihan pusat kali ini, Chun Yong memanggil Saiful Nizam Mohd Ali (Melaka), Muhammad Farikh Khabibor Rahman (Perak) dan Hazizi Mansor (KL City).
Sementara lima pemain di bawah ini pula berada dalam senarai bersedia jika terdapat mana-mana pemain daripada senarai 18 pemain di atas mengalami kecederaan:
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
MUHAMMAD AIDIL SHAHRIL ROSLI |
20 |
FELDA UNITED |
2. |
NUR HAZIM SULEIMAN |
19 |
PERAK |
3. |
MOHD FIRDAUS AMBIAH |
26 |
MELAKA |
4. |
ISKANDAR HARUN |
17 |
SARAWAK |
5. |
AHMAD HARITH NAIM MOHD NASIR |
17 |
KUANTAN RANGERS |
Pada Kejuaraan Futsal AFF 2017 di Ho Chi Minh City itu nanti, Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B bakal memulakan kempen bertemu Timor-Leste pada 26 Oktober diikuti Laos (27 Oktober) dan juara bertahan, Thailand (28 Oktober). Kumpulan A pula dibarisi tuan rumah Vietnam, Myanmar, Brunei, Filipina dan Indonesia. Undian semula dibuat selepas penarikan diri pasukan Australia.
Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir pada 1 November, sekali gus mengisi empat slot ASEAN ke Kejuaraan Futsal AFC 2018 di Chinese Taipei, Februari depan. Aksi final dijadual pada 3 November 2017.
Kejuaraan Futsal AFF 2016 yang berlangsung lewat pada 23 hingga 29 Januari lalu di Bangkok, Thailand tanpa disertai Australia, Vietnam dan Filipina menyaksikan Malaysia menamatkan saingan di tangga ketiga selepas muncul naib juara Kumpulan B di belakang Myanmar, tewas 5-3 kepada Thailand pada separuh akhir dan menewaskan Timor-Leste 8-1 pada perlawanan penentuan tempat ketiga/keempat. Thailand muncul juara selepas menewaskan Myanmar 8-1 pada aksi final.