2017-09-14
Berikut senarai nama 10 pemain yang dipilih untuk membawa cabaran pasukan Malaysia pada Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan Ke-2 yang akan berlangsung di Pantai Songdo, Busan, Korea Selatan pada 16 dan 17 September ini.
BIL |
NAMA |
UMUR |
POSISI |
PASUKAN |
1. |
MOHD NAZRI SULAIMAN |
32 |
GK |
TERENGGANU |
2. |
MOHD ZAHARIM MOHD YUSOF |
35 |
FW |
TERENGGANU |
3. |
MOHD RIDUWAN MOHD NOR |
27 |
FW |
TERENGGANU |
4. |
MOHAMMAD FAKHRULLAH MOHAMAD |
23 |
DF |
TERENGGANU |
5. |
MOHAMMAD FAKHRUDDIN MOHAMAD |
23 |
FW |
TERENGGANU |
6. |
MUHAMMAD QUSHAIRI ASSARI |
19 |
DF |
TERENGGANU |
7. |
AJASNI PARMAN |
44 |
GK |
KUALA LUMPUR |
8. |
MOHD RIDHWAN ZAINAL |
29 |
FW |
KUALA LUMPUR |
9. |
MOHD SHAFIQ RIZA HUZAIR |
24 |
DF |
PAHANG |
10. |
MUHAMAD AMINULLAH ABD RAZAB |
25 |
DF |
PAHANG |
Terdahulu seramai 15 pemain telah dipanggil untuk menghadiri kem latihan pusat selama empat hari di Gelanggang Bola Sepak Pantai, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam bermula Isnin lalu.
Lima pemain yang digugurkan daripada skuad ke Busan itu adalah Khairul Azizi Norwawi, Mohd Khairul Nizam Mohamad, Mohd Rozairi Ahmad dan Mohd Hasrol Ali (Terengganu) serta Mohd Jamil Daud (Kelantan).
Penolong jurulatih, Mohd Saiful Md Noor akan mengendalikan pasukan Malaysia untuk kejohanan jemputan ini memandangkan ketua jurulatih, Ismail Zakaria yang juga Ketua Unit Kejurulatihan FAM tidak dapat bersama pasukan kerana sedang mengendalikan Kursus Kejurulatihan Lesen C selama dua minggu di UPM, Serdang.
Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Busan Transportation Corporation dan Songdo Baby FS pada kejohanan jemputan disertai 18 pasukan yang dibahagikan kepada enam kumpulan itu.
Selain enam pasukan luar iaitu Malaysia, PTU (Thailand), Awesome Club (China), BSC (Jepun), Manila All-Star (Filipina) dan Vietnam FC (Vietnam), baki 12 pasukan lain merupakan kelab-kelab tempatan Korea Selatan.
Bagi aksi peringkat kumpulan pada Sabtu ini, Malaysia akan bertemu Busan Transportation Corporation pada jam 9.35 pagi diikuti aksi bertemu Songdo Baby FS pada jam 1.35 petang.
Enam juara kumpulan bersama dua pasukan tempat kedua terbaik kumpulan akan mara ke suku akhir pada pagi Ahad diikuti aksi separuh akhir pada jam 2 petang dan final pada jam 4 petang.
Skuad bola sepak pantai kebangsaan akan berlepas ke Busan pada jam 1.15 pagi esok (Jumaat, 15 September) dan kembali ke tanah air pada Isnin (18 September).