Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin menjadi individu pertama yang menerima kedua-dua jersi 'home' dan jersi 'away' Malaysia 2020-2022 daripada Ketua Pemasaran Sukan Nike Malaysia, Ernest Rodrigues di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Jumaat, 4 Disember 2020.
Ia turut disaksikan oleh tiga Naib Presiden FAM, Dato’ Ab Ghani Hassan, Dato' S. Sivasundaram dan Datuk Haji Rosmadi Ismail; dua Exco FAM, ACP (B) Md Dali Wahid dan Dato’ Kamarul Ariffin Mohd Shahar serta Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.
Sesi penyerahan ringkas itu sebagai menggantikan majlis pelancaran yang tidak dapat diadakan secara fizikal seperti biasa memandangkan situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 Oktober 2020 hingga 6 Disember 2020 ekoran penularan pandemik COVID-19.
Baca siaran media penuh mengenai pelancaran jersi baharu Harimau Malaya ini di https://bit.ly/3mRDjNy dan tonton video pengenalan jersi berkenaan di https://youtu.be/ENOTYXDj3l0.