2022-06-09
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah memperkenalkan barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya B-17 yang akan menghadapi dua kejohanan B-17 iaitu Kejuaraan B-16 AFF 2022 di Indonesia pada 31 Julai hingga 13 Ogos 2022 serta Kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Jakarta, Indonesia pada 1 hingga 9 Oktober ini.
Pengendali terbaharu skuad Harimau Malaya B-17, Osmera Omaro telah diberikan kepercayaan untuk membawa pasukan bersama enam orang barisan kejurulatihannya yang akan memulakan kem latihan pusat pada 13 hingga 26 Jun 2022 di Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang.
Enam jurulatih berkenaan adalah Amiridzwan Taj Tajudin dan Effendi Abd Malek selaku Penolong Ketua Jurulatih; Mohd Nasril Mat Nourdin selaku Jurulatih Penjaga Gol; V. Kavichelvan selaku Penolong Jurulatih; Khairal Afiq selaku Jurulatih Prestasi Tinggi dan Kecergasan dan Mohd Amierul selaku Penganalisis Prestasi Sukan.
Pengumuman itu telah diadakan Wisma FAM, Kelana Jaya oleh Exco FAM selaku pengurus pasukan skuad Harimau Malaya B-17, Christopher Raj pagi tadi yang dihadiri oleh Osmera Omaro, Mohd Nasril dan V. Kavichelvan.
Selain itu, FAM turut mengumumkan senarai 37 pemain skuad B-17 kebangsaan yang akan memulakan kem latihan pusat pada 13 hingga 26 Jun ini.
|
Sementara itu, enam pemain berikut telah diletakkan dalam Senarai Bersedia jika berlaku sebarang perubahan pada senarai di atas.
|
Bagi kempen Kelayakan Piala Asia B-17 2023 di Jakarta, Indonesia, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Palestin, Guam dan UAE manakala bagi kempen Kejuaraan B-16 AFF 2022 pula, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan C bersama Australia, Myanmar dan Kemboja.
PROFIL BARISAN KEJURULATIHAN SKUAD HARIMAU MALAYA B-17
- OSMERA OMARO
KETUA JURULATIH SKUAD HARIMAU MALAYA B-17
UMUR: 43 tahun
TARIKH LAHIR: 19 Mac 1979
KELAYAKAN KEJURULATIHAN: Lesen Kejurulatihan AFC ‘A’
JAWATAN TERDAHULU:
- 2011-2014: Ketua Jurulatih Pembangunan Belia, KJRN Sabah
- 2015-2016: Ketua Jurulatih Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)
- 2017-2021: Ketua Jurulatih Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari
- AMIRIZDWAN TAJ TAJUDIN
PENOLONG KETUA JURULATIH
UMUR: 36 tahun
TARIKH LAHIR: 30 Mei 1986
KELAYAKAN KEJURULATIHAN: Lesen Kejurulatihan AFC ‘B’
JAWATAN TERDAHULU:
- 2021: Penolong Ketua Jurulatih B-14 Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari
- EFENDI ABD MALEK
PENOLONG KETUA JURULATIH
UMUR: 44 tahun
TARIKH LAHIR: 5 September 1978
KELAYAKAN KEJURULATIHAN: Lesen Kejurulatihan AFC Diploma ‘A’
JAWATAN TERDAHULU:
- 2019-2021: Penolong Jurulatih B-17 Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari
- 2022: Penolong Ketua Jurulatih B-16 Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari
- V. KAVICHELVAN
PENOLONG JURULATIH
UMUR: 32 tahun
TARIKH LAHIR: 2 Julai 1989
LESEN KEJURULATIHAN: Lesen Kejurulatihan FAM/AFC/PBNP ‘B’
JAWATAN TERDAHULU:
- 2020: Penolong Jurulatih PDRM FC (LIGA SUPER)
- 2022: Penolong Jurulatih PDRM FC (LIGA PREMIER)
- MOHD NASRIL MAT NOURDIN
JURULATIH PENJAGA GOL
UMUR: 36 tahun
TARIKH LAHIR: 17 APRIL 1986
KELAYAKAN KEJURULATIHAN: Lesen Kejurulatihan Penjaga Gol Level 1 & Lesen Kejurulatihan AFC ‘B’
JAWATAN TERDAHULU:
- 2020: Jurulatih Penjaga Gol Piala Presiden Negeri Sembilan
- 2020-2022: Jurulatih Penjaga Gol Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari
- KHAIRAL AFIQ
JURULATIH PRESTASI TINGGI DAN KECERGASAN
UMUR: 36 tahun
TARIKH LAHIR: 23 Disember 1986
KELAYAKAN KEJURULATIHAN: Lesen Kecergasan AFC Level 1 & Lesen Kejurulatihan AFC ‘B’
JAWATAN TERDAHULU:
- 2020-2022: Ketua Unit Prestasi Tinggi, Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari
- MOHD AIMERUL MAT NUAR
PENGANALISIS PRESTASI SUKAN
UMUR: 30 tahun
TARIKH LAHIR: 15 Mac 1992
KELAYAKAN KEJURULATIHAN: Lesen Kejurulatihan FAM ‘D’ & Lesen Kejurulatihan AFC ‘B’
* Siaran media ini dikeluarkan pada Khamis, 9 Jun 2022