Malaysia melakar kemenangan kedua pada kempen Kejuaraan B-19 AFF 2015 di Vientiane, Laos selepas membelasah Singapura 4-0 pada perlawanan kedua di Stadium Nasional Laos, sebentar tadi.
Pada aksi pembukaan kelmarin (Ahad), skuad B-19 negara kendalian ketua jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras menewaskan Timor Leste 2-1.
Penyerang berbahaya, Jafri Firdaus Chew muncul wira apabila meledak dua gol pada minit ke-15 melalui tandukan kemas dan pada minit ke-21 melalui sepakan percuma.
Bersambung separuh masa kedua, penjaga gol, Muhd Hazrul Hafiz bertindak cemerlang untuk menyelamatkan sepakan penalti Singapura pada minit ke-62 sebelum pemain pertahanan, Nazirul Afif menjaringkan gol ketiga dan Danial Ashraf melengkapkan kemenangan bergaya Malaysia.
Terdahulu pada satu lagi perlawanan Kumpulan B, Vietnam menewaskan Timor Leste 2-0.
Perlawanan ketiga bakal menyaksikan skuad B-19 kebangsaan menentang Vietnam, Khamis ini (27 Ogos 2015) pada pukul 8 malam (Waktu Malaysia).
KOMEN JURULATIH MALAYSIA B-19, HASSAN SAZALI MOHD WARAS
“Terima kasih kepada semua pemain dan barisan kejurulatihan yang berkerjasama untuk mencapai kemenangan pada hari ini, pemain mula mendapat rentak permainan mereka yang sebenar dengan hantaran-hantaran kemas di bahagian tengah, dengan membuat 4 pertukaran pemain dalam kesebelasan utama pada hari ini terutamanya di bahagian tengah ternyata memberi kesan kepada pasukan. Dari perlawanan ini juga, saya dapat melihat pemain-pemain yang akan diturunkan dalam perlawanan menentang Vietnam pada Khamis ini (27 Ogos 2015).
“Saya berharap beliau (Jafri Firdaus Chew) terus dapat mengekalkan persembahan beliau.”
|
P |
M |
S |
K |
J |
B |
MT |
1. MALAYSIA |
2 |
2 |
0 |
0 |
6 |
1 |
6 |
2. VIETNAM |
1 |
1 |
0 |
0 |
2 |
0 |
3 |
3. MYANMAR |
1 |
1 |
0 |
0 |
1 |
0 |
3 |
4. TIMOR LESTE |
2 |
0 |
0 |
2 |
1 |
4 |
0 |
5. SINGAPURA |
2 |
0 |
0 |
3 |
0 |
5 |
0 |
SENARAI PENJARING GOL MALAYSIA B-19
Nama |
Jumlah Jaringan |
Muhammad Jafri Firdaus Chew |
3 |
Muhammad Nazirul Afif Ibrahim |
1 |
Muhammad Danial Ashraf Abdullah |
1 |
Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan |
1 |