News Archive: October 2023

WONDA COFFEE SEMARAKKAN TENAGA PEMINAT BOLA SEPAK MALAYSIA DENGAN REKA BENTUK TIN HARIMAU MALAYA EDISI TERHAD

2023-10-12

Wonda Coffee, salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia yang menawarkan rasa seperti baru dibru dalam tin, kini melancarkan kembali rangkaian Wonda Extra Shot sempena dengan kerjasamanya dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memperkasakan peminat bola sepak dan pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.

SIARAN MEDIA: FAM UMUM JUAN TORRES GARRIDO KETUA JURULATIH BAHARU SKUAD B-23 KEBANGSAAN

2023-10-12

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan pelantikan Juan Torres Garrido dari Sepanyol sebagai ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan yang baharu bagi menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar, April depan.

Jawatan ketua jurulatih tersebut kosong selepas E. Elavarasan pada 18 September lalu telah melepaskannya untuk kembali fokus kepada tugasan asalnya sebagai penolong ketua jurulatih kebangsaan.

SIARAN MEDIA: PALESTIN SAH TARIK DIRI, FAM KEKAL FORMAT PESTABOLA MERDEKA 2023

2023-10-10

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan bahawa format pertandingan Pestabola Merdeka 2023 adalah dikekalkan biarpun ia kini disertai hanya tiga pasukan - Malaysia, India dan Tajikistan.

Pasukan Palestin terpaksa menarik diri daripada menyertai edisi ke-42 ini kerana tidak dapat terbang ke Kuala Lumpur ekoran situasi tegang di negara berkenaan ketika ini.

SIARAN MEDIA: SENARAI 14 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYA KE KELAYAKAN PIALA ASIA FUTSAL 2024 DI UZBEKISTAN

2023-10-03

Berikut senarai akhir 14 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih futsal kebangsaan, Rakphol Sainetngam bagi membawa cabaran Malaysia pada saingan Kumpulan G, Kelayakan Piala Asia Futsal 2024 di Fergana, Uzbekistan dari 7 hingga 11 Oktober 2023.

 

BIL

NAMA

SIARAN MEDIA: SENARAI 25 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT HARIMAU MALAYA BERMULA 6 OKTOBER 2023

2023-10-02

Berikut senarai nama 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 6 Oktober 2023 bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 13 hingga 17 Oktober 2023.

 

BIL

NAMA