Technical

2022-01-05

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan secara rasmi pelantikan Scott O'Donell dari Australia sebagai pengarah teknikalnya yang baharu.

Ia bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Ong Kim Swee yang telah meletak jawatan tersebut pada 10 September 2021.

Majlis sidang media pengumuman tersebut berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini dengan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden FAM, Dato' S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM serta Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar.

O'Donell menyatakan bahawa beliau akan meneruskan kesinambungan dan memperkasakan lagi F:30 yang telah dilancarkan pada 31 Oktober 2018 yang merupakan peta hala tuju atau roadmap FAM bagi tempoh 12 tahun.

"Peta hala tuju F:30 ialah pelan strategi untuk 2019 hingga 2030, namun pandemik COVID-19 telah menjejaskan perancangan ini. Peta hala tuju ini sememangnya pelan yang bagus tetapi ia boleh dikembangkan mengikutkan peredaran dan kesesuaian masa.

“Tidak semestinya ia hanya tertumpu kepada apa yang kita ingin capai dalam membangunkan bola sepak negara iaitu pasukan kebangsaan yang berprofil tinggi tetapi ia juga meliputi pembangunan akar umbi, belia, pendidikan jurulatih, bola sepak wanita, futsal dan bola sepak pantai, yang mana kesemua itu juga penting," kata O'Donell.

Beliau turut mencadangkan kepada pengurusan FAM untuk melantik jurulatih asing bagi mengemudi skuad kebangsaan, Harimau Malaya selepas Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan selaku ketua jurulatih kebangsaan, baru-baru ini.

"Saya melihat bahawa skuad Harimau Malaya selepas ini perlu dibimbing oleh jurulatih asing bagi mengubah landskap dan masa depan bola sepak Malaysia ke satu dimensi baharu, bukan hanya untuk jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang," jelasnya.

O'Donell, 55, merupakan individu yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan kejurulatihan termasuk pernah memegang pelbagai jawatan sebagai pengarah teknikal, ketua jurulatih dan juga seorang bekas pemain.

Sejak 2009 hingga kini, O'Donell memegang peranan sebagai Pengajar Jurulatih/Pakar/Mentor FIFA dengan fokus utamanya kepada pembangunan belia, pembangunan jurulatih, pengarah teknikal dan pementoran serta Pengajar Jurulatih AFC iaitu sebagai instruktur bagi Lesen Pro, A, B dan C.

Jawatan terakhir O'Donell ialah sebagai Pengarah Teknikal di Capital Football (Persekutuan Bolasepak Australian Capital Territory) iaitu sejak Februari 2017 hingga Disember 2021 yang mana sebelum itu iaitu dari 2015 hingga 2017, beliau merupakan Pengarah Teknikal Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF).

Selain itu, dalam bidang kejurulatihan pasukan pula, O'Donell pernah menjadi ketua jurulatih kelab Liga Singapura, Geylang United dari 2003 hingga 2005 dan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kemboja dari 2005 hingga 2007 dan 2009 hingga 2010.

Pada 2008 hingga 2009, beliau berkhidmat dengan AFC selaku Pengarah Pendidikan Jurulatih.

Sebagai pemain pula, O'Donell pernah beraksi sebagai pemain import Kuala Lumpur pada 1994 dan beraksi di Liga Singapura bersama Tampines Rovers pada 1996 hingga 1997 dan 1999 serta Marine Castle United FC pada 1998.

Selamat bertugas Scott O'Donell!

 

Youth

  • SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA AKHIR SKUAD HARIMAU MALAYA B-17 MENJELANG PIALA ASIA B-17 2023 DI THAILAND

    17 May 2023
  • SENARAI 25 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA 2 SKUAD HARIMAU MALAYA B-17 MENJELANG PIALA ASIA B-17 2023 DI THAILAND

    10 Apr 2023
  • SENARAI 40 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA 1 SKUAD B-17 KEBANGSAAN MENJELANG PIALA ASIA B-17 2023 DI THAILAND

    01 Feb 2023

Women's football

  • SIARAN MEDIA: MALAYAN TIGRESS SAH SERTAI KEJOHANAN WOMEN'S INTERNATIONAL FRIENDLY DI TAIF, ARAB SAUDI, SEPTEMBER INI.

    29 Aug 2023
  • SIARAN MEDIA: SENARAI AKHIR 23 PEMAIN KE KEJUARAAN WANITA B-19 AFF 2023 DI PALEMBANG, INDONESIA BERMULA 5 JULAI INI

    02 Jul 2023
  • SIARAN MEDIA: SENARAI 25 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD BOLA SEPAK WANITA KEBANGSAAN BAWAH-19 BERMULA 17 JUN 2023

    16 Jun 2023

Grassroots

  • SIARAN MEDIA: LAPORAN KEAHLIAN EMAS PIAGAM SUPARIMAU FAM

    18 Aug 2020
  • SIARAN MEDIA: AKADEMI JDT DIANUGERAHKAN KEAHLIAN EMAS PIAGAM SUPARIMAU FAM YANG PERTAMA

    04 Aug 2020
  • SIARAN MEDIA: FAM MEMULAKAN PELAKSANAAN PIAGAM SUPARIMAU FAM DAN MENYERU SEMUA AKADEMI BOLA SEPAK DI MALAYSIA UNTUK MENYERTAI INISIATIF INI

    30 Jul 2020