2024-04-18
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini secara rasminya telah melancarkan Akademi Pengadil Profesional yang bertujuan untuk melahirkan pengadil berprestasi tinggi bagi mengadili perlawanan Liga Super Malaysia dan seterusnya ke peringkat antarabangsa.
Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Timbalan Presiden FAM, Dato' S. Sivasundaram selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM pada Majlis Makan Malam Pengadil FAM 2024 yang berlangsung di Hotel Armada, Petaling Jaya.