HARIMAU MALAYSIA AKHIRI KEMPEN KEJUARAAN BOLA SEPAK PANTAI AFC 2017 DI TANGGA KEEMPAT

2017-03-08

Skuad Harimau Malaysia kendalian Ismail Zakaria mengakhiri kempen Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC 2017 dengan meraih kemenangan tunggal 2-1 ke atas China pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu, petang tadi.

 Pasukan kebangsaan bermula garang apabila mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi ketua pasukan, Mohd Zaharim Mohd Yusof pada minit ke-2 dan percubaan dari sudut sukar Mohamad Fakhruddin Mohamad pada minit ke-12.

 China kemudiannya menjaringkan gol saguhati pada minit ke-16 menerusi sepakan percuma Yi Si untuk kedudukan masa penuh 2-1.

 Selepas berakhir empat perlawanan, juara edisi 2013, Iran di tangga teratas dengan 12 mata diikuti Bahrain (9), Afghanistan (6), Malaysia (3) dan China (0).

 Terdahulu, Malaysia tewas tiga perlawanan berturut Afghanistan (3-5) pada 4 Mac, Iran (0-14) dan Bahrain (5-6).

KREDIT FOTO: AFC

KEPUTUSAN SAINGAN KUMPULAN A

 

MALAYSIA 3

Muhammad Qushairie Asaari 5’ 31’

Mohamad Khairul Nizam 34’

AFGHANISTAN 5

Baran 5'
Sharifi 11'
Qaderi 28', 30', 31

 

MALAYSIA 0

IRAN 14

Mesigar 3’ 7’

Mokhtari 7’ 12’ 17’ 30’

Boulokbashi 11’ 17’ 23’ 30’

Kiani 12’

Nazem 14’

Behzadpour 17’

Ahmadzadeh 21’

 

 

MALAYSIA 5

Mohd Shafiq Riza Huzair 11’

Mohd Zaharim Mohd Yusof 19’ 35’

Mohamad Fakhrullah Mohamad 23’

Mohamad Khairul Nizam 28’

BAHRAIN 6

Almalki 11’

Jamal 12’

Mohamed 13’

Abdulla 17’

Salem 19’

Abdulatif 32’

 

MALAYSIA 2

Mohd Zaharim Mohd Yusof 2’

Mohamad Fakhrudin Mohamad 12’

CHINA 1

Yi Si 16’

 

KEDUDUKAN AKHIR KUMPULAN A

 

P

M

S

K

G

B

MT

IRAN*

4

4

0

0

35

3

12

BAHRAIN

4

3

0

1

19

14

9

AFGHANISTAN

4

2

0

2

17

17

6

MALAYSIA

4

1

0

3

10

26

3

CHINA

4

0

0

4

3

24

0

*Layak ke pusingan separuh akhir