KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM, 16 FEBRUARI 2017

2017-02-17

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada 16 Februari 2017 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

1.    Tuntutan yang dikemukakan oleh Kelab Bola Sepak Felda United terhadap pemain, Mohd Rizal Mohd Ghazali dan Persatuan Bola Sepak Kedah mengenai kestabilan kontrak:

·   Jawatankuasa Status FAM menolak sepenuhnya aduan Kelab Bolasepak Felda United dan memutuskan bahawa kontrak yang telah ditandatangani bersama Pemain adalah tidak sah. Justeru, Pemain bebas untuk bermain bersama Persatuan Bola Sepak Kedah.

·   Pemain juga didenda sebanyak RM25,000.00.

 

2.    Tuntutan yang dikemukakan oleh ejen pemain, Efendi Jagan Abdullah terhadap Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia mengenai yuran perpindahan pemain:

·   Jawatankuasa Status FAM menolak aduan Efendi Jagan Abdullah dan memutuskan bahawa tiada pembayaran yang perlu dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia.