PERADUAN MENCIPTA LOGO HARIMAU MALAYSIA

2016-02-02

TERMA DAN SYARAT

 

  1. PENDAHULUAN

 

  1. Persatuan Bolasepak Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai FAM berhasrat untuk melaksanakan proses penjenamaan semula pasukan kebangsaan bolasepak negara dan bagi mencapai matlamat ini, FAM berhasrat untuk mewujudkan sebuah logo baharu. Logo baharu ini akan menggambarkan identiti dan imej baharu pasukan bola sepak kebangsaan dan akan diguna pakai dalam kesemua percetakan dan dalam mana-mana acara, peraduan atau majlis rasmi FAM.

 

Penciptaan logo dan tema ini adalah selaras dengan mandat  FAM untuk membangunkan sukan bola sepak di Malaysia.

 

HARIMAU MALAYSIA adalah nama baharu yang diberi kepada pasukan bola sepak kebangsaan. Peraduan ini adalah kelolaan FAM bagi mencari imej baharu kepada pasukan bola sepak Malaysia.

 

  1. OBJEKTIF

 

  1. Mewujudkan logo baharu pasukan bola sepak kebangsaan bagi melambangkan pasukan bola sepak kebangsaan dalam mewakili negara dan seluruh rakyat Malaysia dalam semua peraduan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

  1. Memberi peluang kepada masyarakat untuk berbangga dengan pasukan bola sepak kebangsaan dan sukan bola sepak.

 

  1. Memberi penghargaan dan pengiktirafan secara rasmi kepada warga Malaysia untuk melahirkan idea, pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam mencipta logo pasukan bola sepak kebangsaan.

 

 

  1. SYARAT DAN TERMA PERADUAN

 

  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

 

  1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.

 

  1. Semua ciptaan mestilah asli dan tidak ditiru dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara.

 

  1. Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Peraduan Logo Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menjadi hak milik FAM. Melalui penyertaan peraduan ini, segala hak cipta hasil kerja diberikan kepada FAM dan peserta tidak memiliki sebarang hak tuntutan terhadap karya ataupun hasil kerja yang diserahkan kepada FAM bagi peraduan ini. Bagi logo dipilih oleh FAM, FAM akan berhak ke atas logo tersebut dan akan mempunyai kuasa untuk meminda ataupun mengubahsuai bagi maksud menggunakan ataupun mencetaknya sebagai lambang FAM.

 

  1. Peserta hendaklah memberikan butir-butir diri yang berikut apabila menghantar penyertaan:

 

  1. Nama Penuh
  2. Nombor kad pengenalan
  3. Nombor telefon
  4. Alamat E-mel
  5. Salinan kad pengenalan Malaysia

 

Hak pemenang yang terpilih adalah hadiah wang tunai beserta sijil penyertaan.

 

 

  1. SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO

 

  1. Reka Bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen berunsur fitnah, menghasut ataupun yang boleh dianggap sebagai sensitif dan boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak.

 

  1. FAM tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga atas alasan perlanggaran hak cipta. Dalam keadaan sedemikian, FAM akan berhak ataupun berkuasa untuk membawa tindakan terhadap peserta yang menghantar penyertaan yang melanggar hak cipta pihak yang lain.

 

  1. Setiap penyertaan mesti dihantar dengan menggunakan format EPS/PDF serta PNG  (alpha background). Saiz logo tersebut tidak melebihi 200 mm (tinggi) x 200 mm (lebar) bersamaan 567 pixel x 567 pixel. Saiz file tersebut mesti tidak melebihi 3 MB. Borang peraduan yang dimuat turun mestilah diletakkan di bahagian bawah kanan karya rekaan logo.

 

  1. Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.

 

  1. Logo seharusnya menggambarkan objektif, fungsi pasukan bola sepak kebangsaan.

 

  1. Reka cipta logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) warna tetapi tidak melebihi empat (4) warna.

 

  1. Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

 

 

  1. CARA-CARA MENYERTAI

 

Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu untuk:

 

  1. Layari laman Facebook kami dan tekan ‘like’ di:
  • facebook.com/OfficialHarimauMalaysia
  • facebook.com/FAMalaysiaOfficial

 

  1. Muat turun borang peraduan di laman www.harimaumalaysia.my

 

  1. Mereka logo HARIMAU MALAYSIA mengikut kreativiti masing-masing dan setiap rekaan mesti mengambarkan semangat tinggi pasukan bola sepak kebangsaan.

 

  1. Hantar hasil karya dan borang penyertaan ke urus setia peraduan ke alamat emel: [email protected]

 

  1. Semua penyertaan akan dinilai dan dipilih oleh Panel-panel Khas dan akan memilih TIGA rekaan logo terbaik. Logo ketiga-tiga finalis ini akan dipaparkan kepada umum di laman facebook serta laman web khas kami untuk proses pengundian oleh orang ramai. Pemenang akan dipilih melalui undian yang paling tinggi.

 

 

 

  1. TEMPOH PERADUAN

 

  1. Peraduan ini akan bermula pada 3 Februari 2016 (9.00 pagi) sehingga 29 Februari 2016 (6.00 petang)

 

  1. Pihak FAM berhak untuk mengubah tempoh peraduan mengikut kesesuaian keadaan. Pihak penganjur akan mengemaskini jika terdapat perubahan tarikh peraduan pada laman web www.harimaumalaysia.my

 

 

  1. METODOLOGI PENILAIAN

           

  1. Penilaian akan fokus terhadap logo yang dapat  menggambarkan pasukan bola sepak kebangsaan dengan sebaik mungkin.

 

  1. Penilaian akan dilakukan terhadap setiap penyertaan yang diterima daripada peserta sebelum 29 Februari 2016.

 

 

  1. PANEL PENILAI

 

  1. Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dilantik.

 

  1. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD  oleh  Panel Penilai.

 

  1. Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana  peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan.

 

  1. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang disertai sekiranya perlu.        

 

  1. Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

 

 

  1. HADIAH

 

  1. Pemenang akan menerima wang tunai sebanyak RM10,000.00  berserta sijil penyertaan.

 

  1. Dua hadiah saguhati akan diberikan kepada pemenang tempat kedua dan ketiga sebanyak RM2,500.00 setiap seorang.

 

  1. Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui melalui surat dan e-mel.

 

  1. Majlis penyampaian hadiah akan dilakukan dalam satu majlis yang akan dimaklumkan kemudian.

 

 

  1. SYARAT LAIN

 

  1. Segala maklumat berkaitan dengan peraduan ini seperti perubahan tarikh, perkembangan terkini boleh didapati di laman web dan laman facebook rasmi HARIMAU MALAYSIA dan FAM.

 

  1. FAM mempunyai hak untuk menolak sebarang penyertaan tanpa memberikan sebab dan peserta tidak dibenarkan untuk mendakwa FAM di atas tindakan FAM.

 

  1. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju untuk menanggung rugi FAM terhadap sebarang tindakan yang dibawa terhadap FAM atas alasan bahawa logo dan tema yang digunakan oleh FAM yang telah dibekalkan oleh peserta telah melanggar hak cipta pihak ketiga.

 

  1. Semua maklumat dan data peribadi mengenai peserta adalah terkawal di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

 

* Klik di sini untuk muat turun borang peraduan