2017-06-21
Berikut senarai 18 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal wanita kebangsaan, Muizzudin Mohd Haris untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 8 skuad futsal wanita Malaysia bermula 1 Julai ini hingga 31 Julai.
Ia sebagai persiapan untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2017.
BIL. |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
SITI ASNIDAH ZAMRI |
18 |
FELDA UNITED |
2. |
ZUR’AIN KAMARUDIN |
20 |
FELDA UNITED |
3. |
NOR FAIZAH MD AKHIR |
22 |
FELDA UNITED |
4. |
FARAHIYAH MUHD RIDZUAN |
24 |
FELDA UNITED |
5. |
NORHAWA MD YASIN |
24 |
FELDA UNITED |
6. |
NUR SHAZREEN MUNAZLI |
24 |
FELDA UNITED |
7. |
HANIS FARHANA SHAMSUL AZIZAN |
25 |
FELDA UNITED |
8. |
FATIN SHAHIDA AZMI |
26 |
FELDA UNITED |
9. |
NUR IZWANI AZMAN |
30 |
FELDA UNITED |
10. |
FARAH NAJIHAH ABDUL AZIZ |
29 |
FELDA UNITED |
11. |
SITY NORAZIZAH JAMAL |
27 |
KUALA LUMPUR |
12. |
STEFFI SARGE KAUR SERGEANT SINGH |
29 |
KUALA LUMPUR |
13. |
INTAN SARAH ANISAH ZULGAFLI |
18 |
PERAK |
14. |
NOORASYEIMAH MOHAMAD RASHID |
23 |
PERAK |
15. |
NURUL HAMIRA YUSMA MOHD YUSRI |
25 |
PERAK |
16. |
NURAIIN SHAFIKA OMAR |
26 |
PERAK |
17. |
LOVELYTHA JELUS |
26 |
PDRM |
18. |
NOOR ASYIKIN MOHD NOOR |
28 |
PDRM |
Muizzudin mengekalkan kesemua 18 pemain yang dipanggilnya pada kem latihan pusat Fasa 7 yang menyaksikan skuad futsal wanita kebangsaan berjaya mencatat kemenangan pada kedua-dua perlawanan persahabatan antarabangsa "A" menentang Hong Kong di Real Sports Arena, Klang.
Pada perlawanan pertama yang berlangsung pada Isnin (19 Jun), skuad negara menang 5-3 manakala pada perlawanan kedua pada Selasa (20 Jun), skuad negara mencatat kemenangan tipis 2-1 selepas ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama.
Sementara itu, enam pemain – Nur Fadhilah Shaik Shaharuddin, Felicity Agnes Ng dan Nur Aisyah Mohd Tahir (Perak), Noraini Jerry (PDRM), Nur Amirah Rasid (Kuala Lumpur) dan Zawani Nisha Habib Rahman (Felda United) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana dari kalangan 18 pemain di atas mengalami kecederaan.
KOMEN KETUA JURULATIH FUTSAL WANITA MALAYSIA, MUIZZUDIN MOHD HARIS
"Berdasarkan dua perlawanan dengan Hong Kong ini, persiapan pasukan masih perlu lagi diperbaiki terutama dari aspek pergerakan bola, menyerang dan juga bertahan. Bagi saya, masih banyak yang perlu diperbaiki dan kita tidak boleh terlalu cepat berpuas hati dengan dua kemenangan ini.
"Kem latihan pusat Fasa 7 ini akan berakhir pada 23 Jun ini dan para pemain akan melapor diri untuk kem latihan pusat Fasa 8 pada 1 Julai untuk kita menghadapi dua lagi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Taiwan pada 14 dan 15 Julai.
"Setakat ini saya masih kekalkan 18 pemain sedia ada ini dan jika tiada kecederaan, mereka inilah yang akan membawa cabaran pada Sukan SEA 2017 sebelum saya menamakan 14 pemain dalam senarai akhir."