2017-03-17
Berikut senarai 20 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal wanita Harimau Malaysia, Muizzudin Mohd Haris untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 5 skuad futsal wanita kebangsaan bermula 22 Mac ini (Rabu).
Ia sebagai persiapan awal untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2017.
BIL. |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
SITI ASNIDAH ZAMRI |
18 |
FELDA UNITED |
2. |
ZUR’AIN KAMARUDIN |
20 |
FELDA UNITED |
3. |
NOR FAIZAH MD AKHIR |
22 |
FELDA UNITED |
4. |
FARAHIYAH MUHD RIDZUAN |
24 |
FELDA UNITED |
5. |
NORHAWA MD YASIN |
24 |
FELDA UNITED |
6. |
NUR SHAZREEN MUNAZLI |
24 |
FELDA UNITED |
7. |
HANIS FARHANA SHAMSUL AZIZAN |
25 |
FELDA UNITED |
8. |
FATIN SHAHIDA AZMI |
26 |
FELDA UNITED |
9. |
ZAWANI NISHA HABIB RAHMAN |
28 |
FELDA UNITED |
10. |
FARAH NAJIHAH ABDUL AZIZ |
29 |
FELDA UNITED |
11. |
AMIRAH SARAH MOHD FAHMI |
27 |
KUALA LUMPUR |
12. |
SITY NORAZIZAH JAMAL |
27 |
KUALA LUMPUR |
13. |
STEFFI SARGE KAUR SERGEANT SINGH |
29 |
KUALA LUMPUR |
14. |
NAZIRATUL AMIRA AHMAD NASRI |
29 |
KUALA LUMPUR |
15. |
INTAN SARAH ANISAH ZULGAFLI |
18 |
PERAK |
16. |
NOORASYEIMAH MOHAMAD RASHID |
23 |
PERAK |
17. |
NURUL HAMIRA YUSMA MOHD YUSRI |
25 |
PERAK |
18. |
NURAIIN SHAFIKA OMAR |
26 |
PERAK |
19. |
LOVELYTHA JELUS |
26 |
PDRM |
20. |
NOOR ASYIKIN MOHD NOOR |
28 |
PDRM |
Sementara itu, empat pemain – Nur Aisyah Mohd Tahir (Perak), Nur Fadhilah Shaik Shaharuddin (Perak), Fasrina Amira Abdullah (Kuala Lumpur) dan Nur Izwani Azman (Felda United) diletakkan dalam senarai bersedia jika mana-mana dari kalangan 20 pemain di atas mengalami kecederaan.
Kem latihan pusat ini akan berlangsung selama 10 hari iaitu dari 22 hingga 31 Mac depan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam dan KSL Puchong.
KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD FUTSAL WANITA HARIMAU MALAYSIA, MUIZZUDIN MOHD HARIS
“Alhamdulillah, kem latihan pusat sebelum ini berjalan dengan lancar di mana pemain-pemain tidak mempunyai masalah dengan corak permainan yang kita mahu terapkan.
“Walau bagaimanapun, saya akui pemain nampak keletihan ketika aksi persahabatan tertutup pada 7 Mac lepas kerana hampir separuh daripada pasukan terlibat dengan perlawanan akhir Liga Bola Sepak Rakyat Wanita (LBRW) pada hari sebelumnya.
“Kita sekarang dalam proses mengatur dua perlawanan persahabatan, jadi saya harap pemain dapat mempamerkan corak permainan yang berkualiti terutamanya dari segi taktikal pasukan. Yang mustahak pada peringkat aksi persahabatan ini adalah corak permainan berbanding keputusan penuh perlawanan.”