2017-04-27
Berikut senarai 25 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad bola sepak wanita kebangsaan, Mohd Asyraaf Abdullah untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 3 bermula Selasa ini (2 Mei 2017) di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah.
Kem latihan pusat selama lebih tujuh minggu ini yang dijadual sehingga 23 Jun depan adalah sebagai persiapan skuad wanita Harimau Malaya menghadapi temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur pada Ogos ini. Beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa telah dirancang pada pertengahan Mei ini dan akan diumumkan selepas ia disahkan.
BIL |
NAMA |
UMUR |
POSISI |
PASUKAN |
1. |
NURUL HUSNA MOHD NAZRI |
22 |
PERTAHANAN |
KEDAH |
2. |
NUR SHAZWINA SHUIB |
21 |
TENGAH |
KEDAH |
3. |
SITI NUR AZZATI SHAIK MAZNAN |
19 |
TENGAH |
KEDAH |
4. |
NURATHIRAH FARHANAH ZAIRI |
18 |
PERTAHANAN |
PULAU PINANG |
5. |
MALINI NORDIN |
32 |
PERTAHANAN |
PERAK |
6. |
NUR HANIZA SAARANI |
21 |
PENYERANG |
PERAK |
7. |
MIRA FAZLIANA AIDI |
24 |
PERTAHANAN |
PERAK |
8. |
PUTERI NORALISA WILKINSON |
22 |
PENYERANG |
PAHANG |
9. |
SHEREILYNN ELLY PIUS |
26 |
PERTAHANAN |
SABAH |
10. |
JACIAH JUMILIS |
26 |
TENGAH |
SABAH |
11. |
MASTURAH MAJID |
27 |
TENGAH |
SABAH |
12. |
JI. FEDALLIAH CLARITTA JAIMIN |
21 |
PENYERANG |
SABAH |
13. |
ASMA JUNAIDI |
25 |
PENJAGA GOL |
SARAWAK |
14. |
SITI ROHANI SAPTU |
18 |
PENYERANG |
SARAWAK |
15. |
HAINDEE MOSROH |
24 |
TENGAH |
SARAWAK |
16. |
ANGELA KAIS |
37 |
PENYERANG |
PDRM |
17. |
USLIZA USMAN |
22 |
PERTAHANAN |
PDRM |
18. |
NORSURIANI MAZLI |
27 |
TENGAH |
PDRM |
19. |
NABILA NAIM |
28 |
PERTAHANAN |
PDRM |
20. |
ROSZAINI BAKAR |
27 |
PENJAGA GOL |
ATM |
21. |
DADREE ROFINUS |
27 |
TENGAH |
MISC |
22. |
ESLILAH ESAR |
28 |
PERTAHANAN |
MISC |
23. |
NURUL AZURIN MAZLAN |
17 |
PENJAGA GOL |
SSM SABAH |
24. |
NOR ATHIRAH MAMAT |
16 |
TENGAH |
SSM SABAH |
25. |
NURUL ATHIRAH AL JAFRI |
17 |
PENJAGA GOL |
SSM SABAH |
Daripada senarai di atas, seramai 16 pemain daripada skuad 20 pemain yang membantu skuad negara muncul juara Kejohanan Pembangunan Bola Sepak Wanita Singapura 2017 di Singapura pada Februari lalu dikekalkan oleh Asyraaf. Empat pemain digugurkan iaitu Marcella Angela Parais, Yasrika Laura Tumas, Nur Atikah Abdul Wahab dan Anis Aisyah Asiati.
Selebihnya sembilan muka baharu telah dipanggil bagi melengkapkan senarai 25 pemain untuk panggilan kali ini berdasarkan prestasi ditampilkan sewaktu kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah 2017 di Miri, Sarawak pada 8 hingga 15 April lalu.
Mereka adalah tiga pemain Kedah yang muncul naib juara kejohanan – Nurul Husna Mohd Nazri, Nur Shazwina Shuib dan Siti Nur Azzati Shaik Maznan; Mira Fazliana Aidi (Perak); Siti Rohani Saptu (Sarawak); Norsuriani Mazli dan Nabila Naim (PDRM); Roszaini Bakar (ATM) serta Nurul Athirah Al Jafri (Sekolah Sukan Malaysia Sabah).
* KEMAS KINI: Roszaini Bakar (ATM) tidak dapat menyertai kem latihan kerana terlibat dengan kursus kerja dan tempatnya digantikan oleh Marcella Angela Parais (Pahang).