2016-11-09
Berikut senarai 25 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad wanita negara, Mohd Asyraaf Abdullah untuk menghadiri kem latihan pusat bermula 15 November ini (Selasa) di Kompleks Sukan Universiti Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah. Ia sebagai persiapan awal menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos tahun depan.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1 |
YASRIKALAURA TUMAS |
20 |
SABAH |
2 |
FEDALLIAH CLARITTA JAIMIN |
20 |
SABAH |
3 |
USLIZA USMAN |
21 |
SABAH |
4 |
SANIZAH DUALIN |
22 |
SABAH |
5 |
HAINDEE MOSROH |
23 |
SABAH |
6 |
ASMA JUNAIDI |
24 |
SABAH |
7 |
SHEREILYNN ELLY PIUS |
25 |
SABAH |
8 |
JACIAH JUMILIS |
25 |
SABAH |
9 |
DADREE ROFINUS |
26 |
SABAH |
10 |
MASTURAH MAJID |
26 |
SABAH |
11 |
ESLISAH ESAR |
27 |
SABAH |
12 |
SITI ROHANI SAPTHU |
17 |
SARAWAK |
13 |
MALINI NORDIN |
31 |
NEGERI SEMBILAN |
14 |
PUTERI NOR ALISA WILKINSON |
21 |
PAHANG |
15 |
ANGELA KAIS |
36 |
PDRM |
16 |
NUR HANIZA SAARANI |
20 |
PERAK |
17 |
DHIYA FATIHAH AHMAD RAZALI |
23 |
KEDAH |
18 |
NOR ATIKAH ABDUL WAHAB |
28
|
ATM |
19 |
ROSZAINI BAKAR |
26 |
ATM |
20 |
ANIS AISYAH ASIATI |
15 |
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH |
21 |
NOR ATHIRAH MAMAT |
15 |
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH |
22 |
ROSDIANAH ADELINE JERUS |
15 |
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH |
23 |
NURUL AZURIN MAZLAN |
16 |
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH |
24 |
NUR ATHIRAH FARHANAH ZAIRI |
17 |
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH |
25 |
MARCELLA ANGELA PARAIS |
17 |
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH |
Senarai pemain kali ini menyaksikan seramai 16 pemain dikekalkan daripada skuad 23 pemain yang mengakhiri saingan Kejuaraan Wanita AFF yang berlangsung di Myanmar, Ogos lepas di tangga ketiga Kumpulan B.
Sembilan muka baharu yang dipanggil kali ini terdiri daripada Sanizah Dualin (Sabah), Fedalliah Claritta Jaimin (Sabah), Siti Rohani Sapthu (Sarawak), Puteri Nor Alisa Wilkinson (Pahang), Dhiya Fatihah Ahmad Razali (Kedah), Nor Atikah Abdul Wahab (ATM), Anis Aisyah Asiati (Sekolah Sukan Malaysia Sabah), Nor Athirah Mamat (Sekolah Sukan Malaysia Sabah) dan Rosdianah Adeline Jerus (Sekolah Sukan Malaysia Sabah).
KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD WANITA MALAYSIA, MOHD ASYRAAF ABDULLAH
“Saya telah menggugurkan 7 pemain daripada skuad Kejuaraan Wanita AFF yang lalu kerana dari pemerhatian saya, pemain-pemain ini masih memerlukan masa lagi untuk menyesuaikan diri dengan tahap fizikal perlawanan antarabangsa. Selain itu, saya juga mahu mencuba pemain-pemain baharu dan saya lihat 9 pemain baharu yang dipanggil kali ini lebih agresif dari segi corak permainannya.
“Saya kekal positif untuk melihat peningkatan pasukan kita kerana jika dilihat kita berjaya memberi tentangan kepada pasukan-pasukan kuat seperti Australia dan juga Myanmar pada saingan Kejuaraan Wanita AFF walaupun melalui tempoh persediaan yang singkat.
“Pertandingan bola sepak wanita seperti Liga Bolasepak Rakyat (Wanita) 2017 dan Piala Tun Sharifah Rodziah 2017 akan dijadikan landasan bagi saya untuk mengenalpasti bakat-bakat baharu untuk diterapkan ke dalam pasukan kebangsaan bagi Sukan SEA tahun depan.”