2016-03-08
Berikut senarai 30 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad B-22 Malaysia, Frank Bernhardt untuk menghadiri sesi latihan dan pemilihan pusat skuad Projek Sukan SEA 2017 bermula 14 Mac ini.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN/KELAB |
1. |
AHMAD SOLEHIN MAMAT |
20 |
MELAKA |
2. |
AMIERUL HAKIMI AWANG |
21 |
TERENGGANU |
3. |
DOMINIC TAN JUN JIN |
19 |
JDT II |
4. |
MOHD ADIB ZAINUDDIN |
21 |
UITM FC |
5. |
RODNEY CALVIN AKWENSIVIE |
20 |
SARAWAK |
6. |
NUR SHAMIE ISZUAN AMIN |
21 |
SARAWAK |
7. |
MUHAMMAD DANISH HAZIQ SAIPUL HISHAM |
19 |
NEGERI SEMBILAN |
8. |
THANABALAN A/L NADARAJAH |
21 |
NEGERI SEMBILAN |
9. |
MOHAMMAD FARIS SHAH MOHD ROSLI |
21 |
KELANTAN |
10. |
MUHAMAD SHAHRUL HAKIM RAHIM |
21 |
KELANTAN |
11. |
MOHAMAD AMIRUL HISYAM AWANG KECHIK |
21 |
KEDAH |
12. |
MOHAMAD RAPHI AZIZAN MARIAPPEN |
20 |
KEDAH |
13. |
MUHAMMAD ARIF MOHAMED ANWAR |
21 |
KUALA LUMPUR |
14. |
THIPANRAJ A/L SUBRAMANIAM |
19 |
KUALA LUMPUR |
15. |
KUMAAHRAN A/L SATHASIVAM |
20 |
PULAU PINANG |
16. |
MUHD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW |
19 |
PULAU PINANG |
17. |
MUHAMMAD SAFAWI RASHID |
19 |
T-TEAM |
18. |
MOHAMAD ARIF FADZILAH ABU BAKAR |
20 |
T-TEAM |
19. |
MOHD ZARULIZWAN MAZLAN |
19 |
T-TEAM |
20. |
MATTHEW THOMAS DAVIES |
21 |
PAHANG |
21. |
MUHAMMAD SHAH AMIRUL MOHD ZAMRI |
18 |
PAHANG |
22. |
MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM |
18 |
PAHANG |
23. |
ADAM NOR AZLIN* |
20 |
SELANGOR |
24. |
MUHAMMAD SYAZWAN ABDULLAH** |
20 |
KEDAH |
25. |
MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD** |
21 |
KEDAH |
26. |
MOHAMMAD FARHAN ROSLAN** |
20 |
KEDAH |
27. |
MUHAMMAD ARIFF FARHAN MD ISA** |
19 |
KEDAH |
28. |
MUHAMMAD HAZIQ NADZLI*** |
18 |
PDRM |
29. |
AHMAD KHAIRIL ANUAR AHMAD ZAMRI*** |
21 |
PERAK |
30. |
MUHAMMAD FIRDAUS SAIYADI*** |
20 |
PERAK |
*Dikehendaki melaporkan diri pada 17 Mac 2016 **Dikehendaki melaporkan diri pada 19 Mac 2016 ***Dikehendaki melaporkan diri pada 20 Mac 2016 |
Skuad bawah-22 kebangsaan bakal menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang pasukan Filipina B-22 (23 Mac 2016) dan pasukan kebangsaan Nepal (27 Mac 2016) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Semua pemain diminta melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya sebelum jam 2 petang, Isnin depan (14 Mac) kecuali 9 orang pemain yang bakal menyusul pada 17, 19 dan 20 Mac.
Pemain Selangor, Adam Nor Azlin diminta melapor diri pada 17 Mac (Khamis) selepas aksi Kumpulan E Piala AFC 2015 bertemu Sheikh Jamal Dhanmondi di Stadium Kebangsaan Banghabandu, Dhaka pada 15 Mac (Selasa).
Empat pemain Kedah, Muhammad Syazwan Abdullah, Muhammad Syafiq Ahmad, Mohammad Farhan Roslan dan Muhammad Ariff Farhan Md Isa pula diminta melapor diri pada 19 Mac (Sabtu) selepas aksi suku akhir Piala FA 2016 bertemu Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 18 Mac (Jumaat).
Muhammad Haziq Nadzli (PDRM), Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri (Perak) dan Muhammad Firdaus Saiyadi (Perak) diminta melapor diri pada 20 Mac (Ahad) selepas aksi suku akhir Piala FA 2016 pasukan masing-masing pada 19 Mac.
Sementara itu, tujuh pemain berikut pula diminta bersedia untuk menyertai latihan skuad Projek Sukan SEA 2017 bagi menggantikan mana-mana pemain di atas jika disahkan oleh doktor pasukan mengalami kecederaan.
Mereka terdiri daripada Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Kelantan), Muhammad Zulkhairi Zulkeply (UiTM FC), Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Muhammad Mohd Faudzi (T-Team), Muhammad Zuasyraf Zulkiefli (T-Team), Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak (JDT II) dan Muhamad Hafiy Haikal Ismail (JDT II).
KOMEN KETUA JURULATIH SKUAD PROJEK SUKAN SEA 2017, FRANK BERNHARDT
“Kita telah menyaksikan banyak perlawanan terutamanya Liga Super dan Liga Premier kerana liga-liga lain masih belum bermula pada ketika itu dan kita telah menyenaraikan muka-muka baharu yang telah berjaya menarik perhatian.
“Walaupun Piala Presiden baru saja bermula, kita sudah mengenal pasti beberapa pemain yang mempunyai kemahiran diperlukan pasukan daripada senarai yang terpilih dalam sesi latihan pemilihan pada bulan Januari lalu.
“Keputusan muktamad berhubung Matthew Thomas Davies akan bergantung kepada tiada isu kecederaan skuad Harimau Malaysia di mana jika ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee memerlukan khidmatnya, saya akan melepaskan beliau untuk menyertai pasukan utama kebangsaan.
“Saya lihat Rodney Calvin Akwensivie sebagai seorang pemain muda menarik yang telah pun mempunyai sedikit pengalaman bermain di Liga Super. Beliau mempunyai kelebihan fizikal yang bagus serta berkebolehan untuk bermain di pelbagai posisi dan saya mahu melihat beliau berlatih bersama para pemain kelak.
“Kita akan menggunakan kedua-dua perlawanan ini sebagai perlawanan ujian untuk mencari kesebelasan pasukan dan juga menguji pemain-pemain di posisi berbeza. Saya mengharapkan persembahan dan perlawanan yang baik daripada para pemain.”