News Archive: June 2015

Harimau Muda C tumpaskan Vion Zlate Moravce B19 2-0

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras terus pamer rentak cemerlang apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut setelah menewaskan Vion Zlate Moravce B-19 2-0 pada aksi kelima siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.

Penyerang berusia 18 tahun, Muhammad Jafri Firdaus Chew muncul wira apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-5 dan minit ke-86.

Senarai 20 pemain untuk latihan pusat hadapi Piala Futsal Komanwel 2015

Berikut adalah senarai nama 20 pemain yang dipanggil melapor diri kepada ketua jurulatih skuad futsal kebangsaan, Marcelo Serpa untuk kem latihan pusat fasa keempat bermula hari ini (22 Jun) hingga 28 Jun 2015 di Stadium Kompleks Sukan Negara (Panasonic) Shah Alam.

 

NAMA

PASUKAN

Harimau Muda C tundukkan FKM Karlova Ves B19 2-1

Skuad Harimau Muda C melebarkan rekod kemenangan kepada tiga perlawanan berturut-turut setelah mengatasi FKM Karlova Ves B-19 2-1 pada aksi keempat siri perlawanan di Slovakia, Sabtu lalu.

Jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras menurunkan kesebelasan utama yang berbeza daripada barisan pemain-pemain yang berjaya mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas Spartak Myjava B-19 minggu lepas.

Skuad wanita B-14 negara bakal hadapi Kejohanan Serantau Wanita AFC

Skuad wanita bawah-14 tahun kebangsaan telah dijadualkan untuk bertolak ke Hanoi, Vietnam pada 21 Jun ini bagi menghadapi Kejohanan Serantau Wanita AFC B-14 yang akan bermula dari 23 hingga 28 Jun ini.

Pasukan kendalian ketua jurulatih Zhang Hong bakal memulakan saingan Kumpulan B dengan menentang Singapura (23 Jun), Vietnam (24 Jun) dan Filipina (25 Jun).