News Archive: October 2015

FAM ORGANIZE FIFA GOALKEEPING COURSE 2015

Football Association of Malaysia (FAM) organized a FIFA Goalkeeping Course 2015 commencing on Monday (12 October 2015) at the National Sports Council (MSN) Bukit Jalil.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM PADA 8 OKTOBER 2015

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada 8 Oktober 2015 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

Tindakan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang tidak memberikan sebarang maklum balas kepada surat “call up” bertarikh 10 Julai 2015 daripada ketua jurulatih pasukan Malaysia (pada ketika itu) Dollah Salleh kepada persatuan yang berkaitan untuk menghantar pemain-pemain mereka dalam persediaan untuk perlawanan di antara pasukan Pilihan Malaysia (Malaysia XI) dan Liverpool FC pada 24 Julai 2015 di Stadium Nasional Bukit Jalil:

Persahabatan antarabangsa A: Malaysia 3 Laos 1

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya akhirnya berjaya mencatat kemenangan pertama untuk tahun 2015 selepas menewaskan Laos 3-1 pada perlawanan persahabatan antarabangsa A di Stadium Thupatemi Royal Thai Air Force, Bangkok, Thailand, petang semalam.
 
 Terikat 0-0 pada separuh masa pertama, Malaysia memperoleh dua jaringan dalam tempoh tiga minit pada awal separuh masa kedua menerusi Christie Jayaseelan pada minit ke-50 dan Azammuddin Akil, minit ke-53.

Previu perlawanan persahabatan Malaysia lwn Laos

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya akan bertemu Laos untuk perlawanan persahabatan antarabangsa A di Stadium Thupatemi Royal Thai Air Force, Bangkok, Thailand pada Khamis, 8 Oktober 2015.
 
 Tiada bayaran masuk dikenakan kepada penonton yang ingin menyaksikan perlawanan berkenaan dengan sepak mulanya pada jam 4 petang waktu Thailand (5 petang waktu Malaysia)
 

MALAYSIA GAGAL KE PUSINGAN AKHIR KEJUARAAN B-19 AFC

Malaysia mengakhiri kempen Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2016 dengan membelasah Macau 4-1 pada aksi ketiga Kumpulan I di Stadium Pusat Sukan Huai’an, China sebentar tadi.

Penyerang berbisa dan juga kapten pasukan, Muhammad Jafri Firdaus Chew muncul wira apabila meledak hatrik pada minit ke-3, 69 dan 82. Gol hasil jaringan Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-63 melengkapkan kemenangan besar Malaysia.

FAM ANJUR PROJEK GEMILANG PENGADIL

2015-10-05

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengadakan Projek Gemilang Pengadil buat julung kalinya di TH Hotel, Kelana Jaya yang dijadualkan dari 5 hingga 8 Oktober ini.

KELAYAKAN B-19 AFC 2016: MALAYSIA 0-1 KOREA UTARA

Malaysia tewas tipis 1-0 kepada Korea Utara pada aksi kedua Kumpulan I Kelayakan B-19 AFC 2016 di Stadium Pusat Sukan Huai’an, China sebentar tadi.

Penyerang Korea Utara, Han Il Hyok menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-54 setelah perlawanan terikat 0-0 pada babak separuh masa pertama.

Pada aksi pembukaan kelmarin (Jumaat), skuad B-19 negara kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras tewas 6-0 kepada pasukan tuan rumah, China.

Senarai akhir 16 pemain ke Kejuaraan Futsal AFF 2015 di Bangkok

Berikut senarai 16 pemain yang dipilih ketua jurulatih skuad futsal lelaki negara, Marcelo Serpa untuk membawa cabaran Malaysia pada Kejuaraan Futsal AFF 2015 yang akan berlangsung di Bangkok Futsal Arena, Bangkok, Thailand dari 8 hingga 16 Oktober ini.

 NO 

NAMA

POSISI

PASUKAN

KELAYAKAN B-19 AFC 2016: CHINA 6-0 MALAYSIA

Malaysia tewas 6-0 kepada pasukan tuan rumah, China pada aksi sulung Kumpulan I, Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2016 di Stadium Pusat Sukan Huai'an, sebentar tadi.

Gol-gol hasil jaringan Zhang Yuning pada minit ke-32 (penalti) dan 34, Gao Haisheng pada minit ke-48 dan 53, Yao Daogang pada minit ke-58 dan Shan Huanhuan pada minit ke-87 membolehkan China untuk mengutip tiga mata di hadapan penonton sendiri.