News Archive: September 2016

3 PEMAIN JDT II DILEPAS PULANG, KIM SWEE PANGGIL NORSHAHRUL & NASIR

2016-09-28

Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee terpaksa melepaskan tiga pemain Johor Darul Ta'zim II (JDT II) iaitu Zaquan Adha Abd Radzak, Irfan Fazail dan Darren Lok selepas mereka diarahkan pulang oleh kelab terbabit, malam tadi.

JADUAL SEPARUH AKHIR PIALA FAM, PIALA PRESIDEN & PIALA BELIA 2016

2016-09-28

Berikut jadual rasmi perlawanan separuh akhir bagi saingan Piala FAM, Piala Presiden dan Piala Belia 2016:

 

PIALA FAM 2016

 

SEPARUH AKHIR 1

AHAD, 25 SEPTEMBER 2016

 

MISC-MIFA lwn AIRASIA ALLSTARS FC

Stadium Mini USIM, Nilai. 4.45 petang

DARREN LOK ANTARA 13 PEMAIN HADIR KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYSIA

2016-09-27

Penyerang Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Darren Lok muncul antara 13 pemain yang hadir melapor diri ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi sebagai persiapan menghadapi dua perlawanan antarabangsa “A” bertemu Singapura, 7 Oktober ini dan Afghanistan pada 11 Oktober.

PIALA BELIA: KELANTAN, SELANGOR, SSBJ B-17 & KEDAH KE SEPARUH AKHIR

2016-09-27

Kelantan kendalian Tengku Hazman Raja Hassan berjaya mengikat juara Kumpulan A, Sabah 0-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi untuk mara ke separuh akhir Piala Belia 2016 menerusi agregat 1-0.

 Terdahulu pada aksi yang berlangsung sebelah petang, juara bertahan, Selangor bimbingan Noor Zaidi Rohmat berjaya layak menerusi agregat 1-0 selepas menang tipis 1-0 ke atas naib juara Kumpulan B, Felda United di Stadium UPM, Serdang.

PIALA PRESIDEN: KELANTAN, SELANGOR, PERAK & T-TEAM MELANGKAH KE SEPARUH AKHIR

2016-09-27

Juara bertahan, Kelantan melangkah bergaya ke separuh akhir menerusi agregat 4-0 selepas menewaskan pasukan tangga keempat Kumpulan B, Pahang 1-0 pada perlawanan suku akhir kedua Piala Presiden 2016 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, petang semalam.

SENARAI 23 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYSIA B-22 BERTEMU BRUNEI

Berikut senarai 23 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad Bawah 22 (B-22) negara, Frank Bernhardt  untuk menghadiri kem latihan pusat bermula 2 Oktober ini (Ahad).

Ia sebagai persiapan bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu pasukan kebangsaan Brunei pada 6 dan 8 Oktober depan. Venue perlawanan akan dimuktamadkan kelak.

BIL

PIALA FAM: MISC-MIFA, PKNP FC GAGAL MANFAAT BERAKSI DI TEMPAT SENDIRI

Juara Kumpulan A dan B, MISC-MIFA dan PKNP FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila masing-masing terikat seri pada aksi separuh akhir pertama Piala FAM 2016, semalam.

Bekas pemain kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambri meletakkan AirAsia Allstars FC di hadapan pada masa tambahan babak pertama sebelum MISC-MIFA kendalian Jacob Joseph bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi gol penyerang berusia 20 tahun, Thipen Raj pada minit ke-80 untuk kedudukan muktamad 1-1 di Stadium USIM, Nilai.

MALAYSIA GAGAL KE SUKU AKHIR KEJUARAAN B-16 AFC 2016

2016-09-23

Skuad B-16 negara kendalian P Somasundram gagal melangkah ke suku akhir Kejuaraan B-16 AFC 2016 selepas tewas 3-0 kepada Korea Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan C di Stadium Pandit Jawaharlal Nehru, Goa, India, malam tadi.

 Korea Selatan mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi Park Jeong-in pada minit ke-4 dan sepakan penalti Cheon Seong-hoon minit ke-14 sebelum menambah satu lagi jaringan pada babak kedua menerusi ketua pasukan, Ko Jun-hee minit ke-84.

SENARAI 25 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT SKUAD KEBANGSAAN BERTEMU SINGAPURA & AFGHANISTAN

2016-09-21

Berikut senarai 25 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk menghadiri kem latihan pusat skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 27 September ini (Selasa).

 Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaysia (ranking 158) menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Singapura (ranking 155) di Stadium Nasional, Singapura pada 7 Oktober dan Afghanistan (ranking 149) di Stadium Shah Alam pada 11 Oktober 2016.

FUTSAL: AKSI PERSAHABATAN BERTEMU INDONESIA BATAL

2016-09-20

Ketua jurulatih baharu skuad futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong terpaksa membatalkan dua perlawanan persahabatan menentang Indonesia yang sepatutnya berlangsung di Jakarta pada 8 dan 9 Oktober ini.

 Hal itu disahkan Chun Yong ketika ditemui media pada hari pertama kem latihan pusat skuad futsal kebangsaan di KSL Sports Puchong, petang semalam.