News Archive: September 2017

MALAYSIA NAIB JUARA KEJUARAAN B-18 AFF 2017

2017-09-18

Skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak muncul naib juara Kejuaraan B-18 AFF 2017 selepas tewas 2-0 kepada Thailand pada perlawanan akhir di Stadium Thuwunna YTC, Yangon, Myanmar, malam tadi.

 Terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, Thailand berjaya memperoleh dua gol pantas pada awal babak kedua menerusi jaringan Ekanit Panya pada minit ke-48 dan Kritsada Kaman minit ke-51.

MALAYSIA JUARA KEJOHANAN BOLA SEPAK PANTAI ANTARABANGSA BUSAN KE-2 DI KOREA SELATAN

2017-09-18

Skuad bola sepak pantai kebangsaan kendalian penolong jurulatih, Mohd Saiful Md Noor muncul juara Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan Ke-2 selepas menewaskan Awesome Club dari China 6-3 pada perlawanan akhir di Pantai Songdo, Busan, Korea Selatan, petang semalam.

SENARAI 10 PEMAIN KE KEJOHANAN BOLA SEPAK PANTAI ANTARABANGSA BUSAN KE-2 DI KOREA SELATAN

2017-09-14

Berikut senarai nama 10 pemain yang dipilih untuk membawa cabaran pasukan Malaysia pada Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan Ke-2 yang akan berlangsung di Pantai Songdo, Busan, Korea Selatan pada 16 dan 17 September ini.

 

BIL

NAMA

UMUR

SENARAI 15 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT MENJELANG KEJOHANAN BOLA SEPAK PANTAI ANTARABANGSA BUSAN KE-2 DI KOREA SELATAN

2017-09-11

Berikut senarai nama 15 pemain dipanggil untuk menghadiri kem latihan pusat skuad bola sepak pantai kebangsaan di Gelanggang Bola Sepak Pantai, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dari 11 hingga 14 September 2017.

 Ia sebagai persiapan untuk menghadapi Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa Busan Ke-2 yang akan berlangsung di Pantai Songdo, Busan, Korea Selatan pada 16 dan 17 September ini.

 

JADUAL SUKU AKHIR, SEPARUH AKHIR & FINAL PIALA FAM, PIALA PRESIDEN & PIALA BELIA 2017

2017-09-11

Berikut jadual penuh perlawanan peringkat kalah mati - suku akhir, separuh akhir dan final bagi ketiga-tiga pertandingan di bawah kelolaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Piala FAM 2017, Piala Presiden 2017 dan Piala Belia 2017 seperti yang telah dikeluarkan Unit Pertandingan FAM, semalam.

 

* PIALA FAM 2017 *

 

7 PASUKAN LULUS LESEN KELAB UNTUK LIGA SUPER 2018

2017-09-07

Sebanyak 7 daripada 12 pasukan yang beraksi pada Liga Super 2017 telah lulus dalam permohonan mendapatkan lesen kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Super 2018.

 Perkara ini telah diputuskan pada mesyuarat First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada 24 Ogos 2017.

KELAYAKAN PIALA ASIA 2019: MALAYSIA 1-1 HONG KONG

2017-09-06

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Nelo Vingada berjaya meraih mata pertama dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2019 selepas mengikat Hong Kong 1-1 pada perlawanan kedua Kumpulan B di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam tadi.

SENARAI 23 PEMAIN KE KEJUARAAN B-18 AFF 2017 DI YANGON, MYANMAR

2017-09-02

Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Bojan Hodak untuk ke Kejuaraan B-18 AFF 2017 di Yangon, Myanmar dari 4 hingga 17 September ini.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI