News Archive: September 2017

FAM PERTAHAN KEJUARAAN PADA PIALA CABARAN TUNKU ABDUL RAHMAN FAM-AFC 2017

2017-09-30

Pasukan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berjaya mempertahankan kejuaraan selepas menewaskan pasukan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 4-1 pada aksi Piala Cabaran Tunku Abdul Rahman FAM-AFC 2017 di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi.

 Pasukan FAM diketuai setiausaha agungnya, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin serta dibarisi kakitangan FAM lain termasuk beberapa barisan kejurulatihan dari skuad bola sepak dan futsal kebangsaan.

SIARAN MEDIA: SKUAD HARIMAU MALAYA TIDAK KE PYONGYANG, SELASA INI SELEPAS KERAJAAN KELUARKAN ARAHAN TERBAHARU LARANGAN PERJALANAN KE KOREA UTARA

2017-09-28

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini ingin memaklumkan bahawa skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Nelo Vingada tidak akan terbang ke Pyongyang, Korea Utara pada Selasa ini (3 Oktober 2017) seperti jadual asal bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara selepas menerima arahan terbaharu larangan perjalanan ke Korea Utara daripada Kerajaan Malaysia.

PIALA FAM 2017: UKM FC, SHAHZAN MUDA, SIME DARBY & FELCRA RAIH SLOT KE SEPARUH AKHIR

2017-09-28

Juara Kumpulan A, UKM FC dan juara Kumpulan B, Sime Darby FC meneruskan kemaraan ke separuh akhir Piala FAM 2017 selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi suku akhir kedua, semalam sambil diiringi dua lagi pasukan, Felcra FC dan Shahzan Muda FC.

PIALA PRESIDEN 2017: KEDAH, SELANGOR, KELANTAN & TERENGGANU TERUS KEMARAAN KE SEPARUH AKHIR

2017-09-27

Juara bertahan, Kelantan berjaya meneruskan kemaraan ke separuh akhir biarpun tewas 2-1 kepada juara Kumpulan B, Negeri Sembilan pada perlawanan suku akhir kedua Piala Presiden 2017, petang semalam.

 Pada aksi di Stadium Mini USIM, Nilai itu, Kelantan kendalian Hashim Mustapha layak menerusi kelebihan gol di tempat lawan biarpun terikat agregat 2-2 selepas mereka menang 1-0 ke atas Negeri Sembilan yang dibimbing Sazali Saidun pada aksi pertama di Kota Bharu, Khamis lalu.

PIALA BELIA 2017: SSMP B-17, SSTMI B-17, TERENGGANU & KEDAH MELANGKAH KE SEPARUH AKHIR

2017-09-26

Naib juara musim lalu, Selangor gagal meneruskan langkah ke separuh akhir biarpun mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-17 pada perlawanan suku akhir kedua Piala Belia 2017, petang semalam.

SENARAI 24 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA (30 SEPTEMBER HINGGA 11 OKTOBER 2017)

2017-09-25

Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Johor Bahru, Johor bermula Sabtu ini, 30 September 2017 sebagai persediaan menghadapi dua perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium Kim Il-Sung, Pyongyang pada 5 Oktober dan Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 10 Oktober 2017.

 

BIL

PIALA PRESIDEN 2017: KELANTAN & KEDAH MENANG, 4 PASUKAN TERIKAT AKSI SUKU AKHIR PERTAMA

2017-09-21

Juara bertahan, Kelantan beroleh bekalan tipis untuk dibawa ke tempat lawan selepas berjaya menewaskan juara Kumpulan B, Negeri Sembilan 1-0 pada perlawanan suku akhir pertama Piala Presiden 2017, petang tadi.

 Pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu, gol tunggal Kelantan kendalian Hashim Mustapha yang sekadar menduduki tangga keempat Kumpulan A musim ini dijaringkan Danial Ashraf Abdullah pada minit kelapan untuk menundukkan Negeri Sembilan yang dibimbing Sazali Saidun.

PIALA BELIA 2017: SSMP, SSTMI & TERENGGANU RAIH KEMENANGAN AKSI SUKU AKHIR PERTAMA

2017-09-21

Juara Kumpulan A, Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-17 membawa kelebihan selesa menjelang perlawanan kedua di tempat sendiri selepas berjaya menewaskan naib juara musim lalu, Selangor 2-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Belia 2017, petang semalam.

PIALA FAM 2017: UKM FC, SIME DARBY FC MENANG AKSI SUKU AKHIR PERTAMA DI TEMPAT LAWAN

2017-09-20

Juara Kumpulan A, UKM FC dan juara Kumpulan B, Sime Darby FC beroleh kelebihan selesa selepas masing-masing berjaya meraih kemenangan di tempat lawan pada aksi suku akhir pertama Piala FAM 2017, malam tadi.

 Di Stadium Negeri, Kuching, UKM FC bimbingan Sulaiman Hussin berjaya menewaskan pasukan tangga keempat Kumpulan B, Kuching FA 2-0 kendalian Lucas Kalang Laeng menerusi dua jaringan Hasrul Nurkholis Hasim pada setiap babak.

SENARAI 18 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL LELAKI KEBANGSAAN BAGI MENGHADAPI KEJUARAAN FUTSAL AFF 2017 DI VIETNAM

2017-09-19

Berikut senarai 18 pemain dipilih ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk menyertai kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 22 September ini bagi persiapan menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2017 di Ho Chi Minh City, Vietnam dari 26 Oktober hingga 3 November 2017.

 

BIL

NAMA

UMUR