News Archive: April 2018

SENARAI AKHIR 14 PEMAIN KE KEJUARAAN FUTSAL WANITA AFC 2018 DI BANGKOK, THAILAND

2018-04-30

Berikut senarai 14 pemain yang telah dipilih ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Addie Azwan Zainal untuk membawa cabaran Malaysia pada Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2018 di Bangkok, 2 hingga 12 Mei 2018.

 

BIL

NAMA

UMUR

JADUAL PERLAWANAN MALAYSIA PADA KEJUARAAN B-16 AFC 2018 DI KUALA LUMPUR

2018-04-26

Skuad bola sepak B-16 kebangsaan kendalian Lim Teong Kim, yang juga selaku tuan rumah Kejuaraan B-16 AFC 2018 telah diundi dalam Kumpulan A bersama Jepun, Thailand dan Tajikistan. Mereka bakal menghadapi Kejuaraan B-16 AFC yang dijadualkan berlangsung dari 20 September hingga 7 Oktober depan.

Pada majlis undian yang berlangsung di AFC House, Bukit Jalil hari ini, Iraq selaku juara edisi 2016 di India diundi dalam Kumpulan D yang disertai tiga lagi pasukan iaitu Korea Selatan, Australia dan Afghanistan.

SENARAI 20 PEMAIN SKUAD FUTSAL WANITA KEBANGSAAN BAGI EMPAT AKSI PERSAHABATAN DI INDONESIA

2018-04-14

Berikut senarai 20 pemain yang dipilih ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Addie Azwan Zainal untuk ke Bandung, Indonesia dari 15 hingga 22 April ini bagi menghadapi empat perlawanan persahabatan sebagai persiapan menjelang Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2018 di Bangkok, 2 hingga 12 Mei depan.

 

BIL

NAMA

FAM MANFAATKAN DOTCOMSPORT DALAM PEMBANGUNAN PEMAIN

2018-04-03

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengikat perjanjian untuk menggunakan khidmat syarikat dari Belanda, Dotcomsport dalam membantu pembangunan pemain.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini dengan FAM diwakili oleh setiausaha agungnya, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin manakala Dotcomsport diwakili oleh pengarahnya, Johan Henkes.

JAWATANKUASA EKSEKUTIF FAM TERIMA PELETAKAN JAWATAN TUNKU ISMAIL, LANTIK DATUK WIRA YUSOFF MAHADI SEBAGAI PEMANGKU PRESIDEN FAM

2018-04-02

Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Mesyuarat Khas Pertama bagi penggal 2017-2021 di Wisma FAM, Kelana Jaya pagi tadi telah memutuskan dengan sebulat suara untuk menerima peletakan jawatan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai Presiden FAM.

PERLAWANAN ANTARABANGSA "A": MALAYSIA 7-0 BHUTAN

2018-04-02

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe cemerlang mencatatkan kemenangan 7-0 mengatasi Bhutan dalam aksi persahabatan antarabanga ‘A’ di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam

Wan Zack Haikal mula meletakkan Malaysia 1-0 di hadapan menerusi tandukan kencang selepas menerima hantaran dari Zaquan Adha pada minit ke-10.