News Archive: November 2019

PERLAWANAN ANTARABANGSA TIER 1: MALAYSIA 1-0 TAJIKISTAN

2019-11-10

Skuad kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan ranking ke-116 dunia, Tajikistan pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Ia sebagai persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi perlawanan kempat dan kelima Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand pada 14 November 2019 dan bertemu Indonesia pada 19 November 2019, kedua-duanya juga di Bukit Jalil.

SIARAN MEDIA: CUCKOO BERPASUKAN DENGAN HARIMAU MALAYA!

2019-11-06

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan CUCKOO, jenama peralatan rumah terkemuka sebagai rakan penaja terbaharu menjelang tirai 2020 yang akan disingkap tidak lama lagi.

Dengan perjanjian yang ditandatangani untuk tempoh bermula 1 November 2019 hingga 31 Disember 2020 itu, CUCKOO akan menjadi Penapis Air & Penapis Udara Rasmi (bagi kategori peralatan rumah) kepada pasukan-pasukan kebangsaan, Harimau Malaya dan juga FAM.

SIARAN MEDIA: FAM BERI DISKAUN LEBIH 60%; HARGA TIKET AKSI BERTEMU TAJIKISTAN SERENDAH RM10

2019-11-05

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan pemberian diskaun sehingga lebih 60% bagi tiket Perlawanan Antarabangsa Tier 1, Malaysia lwn Tajikistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu ini (9 November 2019) dengan harga serendah RM10.

SIARAN MEDIA: TIGA LAGI PASUKAN LIGA PREMIER BERJAYA DAPAT LESEN KEBANGSAAN; LIMA PASUKAN SUDAH PENUHI SYARAT

2019-11-04

First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM pada 4 November 2019 telah bermesyuarat dan membuat semua keputusan berkaitan pelesenan yang tertangguh dan permohonan lesen yang diberikan lanjutan bagi memenuhi kriteria pelesenan kelab untuk penyertaan liga kebangsaan 2020.

Bagi Liga Premier, keputusan lesen bagi Kelantan FA, Sarawak FA dan UKM FC telah dibuat selepas tarikh akhir lanjutan pada 30 Oktober 2019.

SENARAI 14 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT MENJELANG KEJUARAAN BOLA SEPAK PANTAI AFF 2019 DI CHONBURI, THAILAND

2019-11-01

Berikut senarai nama 14 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Mohd Faizal Md Sood untuk ke kem latihan pusat di Gelanggang Bola Sepak Pantai, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam bermula hari ini (1 November 2019) hingga 10 November 2019.

Ia sebagai persiapan bagi menghadapi Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFF 2019 yang akan berlangsung di Laem Tan, Chonburi, Thailand dari 13 hingga 17 November 2019.