News Archive: December 2020

SIARAN MEDIA: FAM DAN MSN BENTUK SKUAD PROJEK KHAS SEBAGAI LALUAN KERJAYA LEPASAN NFDP

2020-12-10

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) menjalin usaha sama bagi membentuk pasukan yang bersifat pembangunan bergelar Skuad Projek FAM-MSN.

Skuad Bawah 20 tahun itu akan bersaing dalam Liga Premier 2021 sebagai antara usaha FAM dan MSN mencipta laluan kerjaya produk Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN), termasuk graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD), dalam memudahkan mereka melakukan transisi ke pentas senior.

SIARAN MEDIA: FAM, NIKE LANCAR JERSI BAHARU PASUKAN KEBANGSAAN MALAYSIA 2020-2022

2020-12-04

Selepas setahun tanpa sebarang aksi, Harimau Malaya kini bersedia untuk kembali bangkit dengan pelancaran jersi baharu pasukan kebangsaan Malaysia edisi 2020-2022 daripada Nike yang menyaksikan buat pertama kalinya sejak 2007, jersi utama atau jersi 'home' tampil dengan reka bentuk berkolar.