News Archive: January 2021

SIARAN MEDIA: 19 PENGADIL MALAYSIA TERPILIH BERADA DALAM SENARAI PENGADIL FIFA BAGI TAHUN 2021

2021-01-22

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa seramai 19 orang pengadil dari Malaysia telah dipilih dan diperkenankan oleh Panel Pengadil Antarabangsa, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk didaftarkan sebagai Pengadil FIFA bagi tahun 2021 ini.

Mereka yang dipilih itu terdiri daripada lima orang Pengadil, sembilan orang Penolong Pengadil termasuk seorang wanita, tiga orang Pengadil Futsal dan dua orang Pengadil Bola Sepak Pantai.

SIARAN MEDIA: STATUS PEMENUHAN LESEN BERSYARAT BAGI TUJUH PASUKAN DAN TUNGGAKAN DI DALAM SURAT AKUAN BERSUMPAH (SD)

2021-01-15

Status tujuh pasukan yang telah diberikan lesen kelab kebangsaan secara bersyarat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 5 Oktober 2020 telah pun diteliti semula oleh First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM melalui mesyuarat yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa, 12 Januari 2021.

PENCALONAN BAGI PEMILIHAN JAWATANKUASA EKSEKUTIF FAM 2021-2025 MULA DIBUKA

2021-01-13

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah mengedarkan borang pencalonan bagi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk penggal baharu 2021-2025 kepada kesemua 20 ahli gabungannya.

Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 yang bermesyuarat kali terakhir di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam telah meluluskan Kod Pemilihan FAM bagi proses pelaksanaan pemilihan penggal baharu itu.

SIARAN MEDIA: KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KE-15 BAGI PENGGAL 2017-2021

2021-01-13

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali ke-15 bagi penggal 2017-2021 pada 7 Januari 2021 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Muhammad Fauzi Rozlan terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan berhubung tunggakan gaji.

DATUK ONG KIM SWEE DIUMUM PENGARAH TEKNIKAL FAM

2021-01-04

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee telah dilantik sebagai pengarah teknikalnya yang baharu berkuat kuasa pada 1 Januari 2021.

Kim Swee, 50, diberi tugas untuk menggalas jawatan Pengarah Teknikal FAM itu bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Peter de Roo.