News Archive: December 2021

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KELIMA BAGI PENGGAL 2021-2025

2021-12-31

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat kali kelima bagi penggal 2021-2025 yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis, 30 Disember 2021 telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Pegawai Kelantan FC - Rezal Zambery Yahya

 

TERIMA KASIH ATAS PERKHIDMATAN SELAMA 42 TAHUN DI FAM

2021-12-31

Hari ini, 31 Disember 2021 merupakan hari terakhir perkhidmatan Ehambaram a/l Navarengaswamy atau lebih dikenali sebagai Mr. Balan atau Uncle Balan sebagai penghantar bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selama tempoh hampir 42 tahun sejak 1980.

Ehambaram yang lahir pada 15 Oktober 1953 kini telah mencecah usia 68 tahun dan sepanjang tempoh bersama FAM, beliau telah bekerja di bawah lima orang Presiden dan lapan orang Setiausaha Agung.

KEJUARAAN B-23 AFF 2022: MALAYSIA DIUNDI KUMPULAN B BERSAMA INDONESIA, MYANMAR & LAOS

2021-12-29

Skuad B-23 kebangsaan kendalian Brad Maloney telah diundi bersama juara bertahan Indonesia, Myanmar dan Laos pada saingan Kejuaraan B-23 AFF 2022 yang dijadual berlangsung di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari 2022.

SIARAN MEDIA: HASSAN SAZALI DILANTIK KETUA JURULATIH BAHARU SKUAD PROJEK FAM-MSN

2021-12-28

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan pelantikan bekas ketua jurulatih skuad Harimau Muda C, Hassan Sazali Mohd Waras sebagai ketua jurulatih baharu Skuad Projek FAM-MSN bagi menghadapi saingan Liga Premier 2022.

Hassan, 56, telah menandatangani kontrak berkuat kuasa 1 Januari 2022 selaku pengendali pasukan berkenaan bagi menggantikan tempat Yusri Che Lah yang sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan pada 10 Disember lalu.

SIARAN MEDIA: FAM AMBIL TANGGUNGJAWAB KEGAGALAN DI PIALA SUZUKI AFF 2020

2021-12-20

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima tanggungjawab sepenuhnya kegagalan pasukan kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, mengarahkan pengurusan pasukan kebangsaan untuk mengemukakan laporan bedah siasat dan analisis lengkap mengenai prestasi Harimau Malaya sepanjang kempen di Singapura kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam masa terdekat.

EMERGING STRONGER TOGETHER FANS STORIES

2021-12-16

Tahniah kepada pemenang bertuah, Mohd Fadzli Abd Rahman yang akan menyaksikan Final Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura dengan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya.

Baca kisah perjuangan beliau melawan COVID-19 seperti di bawah ini:

 

Mohd Fadzli Abd Rahman

SIARAN MEDIA: FAM TERIMA PELETAKAN JAWATAN YUSRI CHE LAH

2021-12-10

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengumumkan peletakan jawatan ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah selepas pengendali berusia 45 tahun itu mendapat tawaran lain bagi meneruskan karier kejurulatihannya musim depan.

Biarpun Yusri masih berbaki setahun daripada dua tahun kontraknya bersama pasukan berkenaan, FAM dan beliau telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak tersebut.

SIARAN MEDIA: AL-IKHSAN SPORTS LANCAR BARANGAN RASMI HARIMAU MALAYA EDISI KEDUA

07.12.2021

Sebagai tanda sokongan terhadap skuad Harimau Malaya yang telah memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura, semalam, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd telah mengambil peluang untuk melancarkan barangan Harimau Malaya edisi Piala AFF Suzuki di Football Republic, Sunway Pyramid, petang tadi.

SENARAI AKHIR 24 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYA KE PIALA SUZUKI AFF 2020 DI SINGAPURA

2021-12-06

Berikut senarai penuh nama 24 pemain bagi skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe ke Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura dari 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 mengikut susunan nombor jersi.

 

NO.

NAMA

UMUR

POSISI