News Archive: June 2023

SIARAN MEDIA: SENARAI 25 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD BOLA SEPAK WANITA KEBANGSAAN BAWAH-19 BERMULA 17 JUN 2023

2023-06-16

Berikut adalah senarai nama 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad Malayan Tigress B-19, Cameron Ng bagi menyertai kem latihan pusat bermula Sabtu, 17 Jun 2023 menjelang kempen Kejuaraan Wanita B-19 AFF 2023 di Palembang, Indonesia dari 5 hingga 15 Julai ini.

 

BIL

SIARAN MEDIA: WONDA COFFEE DAN PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA (FAM) BERPADU TENAGA BAGI MENYEMARAKKAN SEMANGAT PERPADUAN DAN MENDORONG HARIMAU MALAYA KE PENTAS ANTARABANGSA

2023-06-15

Wonda Coffee Malaysia, salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia yang menawarkan rasa ringan (smooth) dalam tin kini mengumumkan satu kerjasama yang mengujakan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk terus mengetengahkan dedikasi jenama ini terhadap sukan bola sepak serta aspirasinya dalam menyokong pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya untuk mencapai lebih banyak pencapaian yang luar biasa dalam sejarah bola sepak negara.

SIARAN MEDIA: SENARAI AKHIR 24 PEMAIN HARIMAU MALAYA B-17 KE PIALA ASIA B-17 DI THAILAND

 

2023-06-12

Berikut adalah senarai akhir 24 pemain skuad Harimau Malaya B-17 kendalian Osmera Omaro yang telah terpilih bagi menghadapi Piala Asia B-17 2023 di Bangkok, Thailand dari 15 Jun hingga 2 Julai 2023.

 

BIL

NAMA

UMUR

PASUKAN

SIARAN MEDIA: FAM - TM JALIN SEMULA KERJASAMA STRATEGIK SEBAGAI RAKAN RASMI TEKNOLOGI

2023-06-09

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meneruskan jalinan kerjasama dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) di mana syarikat telekomunikasi terkemuka negara itu menjadi Rakan Rasmi Teknologi bagi FAM dan pasukan kebangsaan, Harimau Malaya untuk tempoh setahun bermula Jun 2023 ini.

Perjanjian itu juga menjadi bukti komitmen tinggi TM terhadap pembangunan sukan bola sepak negara di mana syarikat tersebut telah terlibat secara langsung dalam industri bola sepak tempatan sepanjang dua dekad yang lalu.

SIARAN MEDIA: SENARAI 26 PEMAIN HARIMAU MALAYA B-23 KE KEM LATIHAN PUSAT BERMULA 12 JUN 2023

2023-06-08

Berikut adalah senarai nama 26 pemain Harimau Malaya B-23 yang dipanggil oleh ketua jurulatih, E. Elavarasan bagi menyertai kem latihan pusat selama seminggu bermula 12 hingga 19 Jun 2023 sebagai persiapan menjelang Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Chonburi, Thailand bermula 16 hingga 26 Ogos 2023.

BIL

NAMA

SIARAN MEDIA: BANK ISLAM TERUS MENGAUM BERSAMA HARIMAU MALAYA

2023-06-07

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dengan sukacitanya mengumumkan lanjutan kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menyokong pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya. Pembaharuan kerjasama buat kali keempat ini dimulakan dengan majlis menandatangani dua dokumen di Hotel EQ, Kuala Lumpur hari ini. Dokumen-dokumen tersebut merangkumi butiran aktiviti promosi dan pembaharuan kad debit-i jenama bersama Team Harimau.

SIARAN MEDIA: SENARAI 27 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT HARIMAU MALAYA BERMULA 10 JUN 2023

2023-06-07

Berikut senarai nama 27 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Kuala Terengganu, Terengganu bermula 10 Jun 2023 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea, masing-masing pada 14 dan 20 Jun 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

 

BIL

SIARAN MEDIA: FAM JALIN KERJASAMA BERSAMA EXTRA JOSS

2023-06-06

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengumumkan syarikat pengeluar minuman bertenaga, Extra Joss, PT Bintang Toedjoe sebagai rakan penaja terbaharu skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya untuk tempoh setahun.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan FAM, Dato’ Sri Shahril Mokhtar, kehadiran Extra Joss yang sudah cukup sinonim di dalam arena sukan negara akan memberi ruang kepada FAM untuk memperluaskan lagi jenama Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

SIARAN MEDIA: KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA EKSEKUTIF FAM KALI KELAPAN BAGI PENGGAL 2021-2025

2023-06-06

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Antara keputusan yang telah dicapai Jawatankuasa Eksekutif FAM adalah seperti berikut:

 

LOGO DAN HARGA TIKET PESTABOLA MERDEKA TAHUN 2023 EDISI KE-42