News Archive: August 2023

SIARAN MEDIA: FAM JALIN KERJASAMA BERSAMA AEON BIG

2023-08-31

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan jalinan kerjasama terbaharunya bersama pasar raya terkenal di Malaysia, AEON BiG (M) Sdn. Bhd. selepas sepak mula Pestabola Merdeka 2023 sehingga penghujung 2024.

Kehadiran AEON BiG sebagai rakan penaja pasar raya rasmi FAM dan Harimau Malaya menjelang kempen edisi ke-42 Pestabola Merdeka 2023 yang akan berlangsung pada 13 dan 17 Oktober ini dilihat sebagai satu kerjasama yang cukup istimewa buat FAM.

SIARAN MEDIA: MALAYAN TIGRESS SAH SERTAI KEJOHANAN WOMEN'S INTERNATIONAL FRIENDLY DI TAIF, ARAB SAUDI, SEPTEMBER INI.

2023-08-29

Skuad Malayan Tigress kendalian Soleen Al-Zoubi secara rasminya akan menyertai siri Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Taif, Arab Saudi dari 18 hingga 30 September 2023.

Kejohanan Women's International Friendly anjuran Konfederasi Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) akan menampilkan lima lagi pasukan iaitu Laos, Pakistan, Bhutan, Lebanon dan tuan rumah, Arab Saudi.  

SIARAN MEDIA: SENARAI 25 PEMAIN HARIMAU MALAYA B-23 KE KEM LATIHAN PUSAT BERMULA 30 OGOS 2023

2023-08-28

Berikut adalah senarai nama 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih B-23 kebangsaan, E. Elavarasan bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-23 bermula Rabu, 30 Ogos 2023 untuk persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand bermula 6 hingga 12 September 2023.

BIL

SIARAN MEDIA: SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT HARIMAU MALAYA BERMULA 29 OGOS 2023

2023-08-23

Berikut senarai nama 26 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 29 Ogos 2023 bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Syria dan China, masing-masing pada 6 dan 9 September 2023 di Chengdu, China.

 

BIL

NAMA

SIARAN MEDIA: LEBANON TARIK DIRI, TAJIKISTAN GANTI SERTAI PESTABOLA MERDEKA 2023

2023-08-18

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa pasukan Tajikistan telah mengesahkan penyertaan mereka sebagai pasukan keempat bagi pertandingan Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 13 hingga 17 Oktober 2023.

Terdahulu, majlis undian Pestabola Merdeka 2023 telah pun berlangsung pada 8 Ogos lalu yang menyaksikan tuan rumah, Malaysia diundi bertemu India, manakala Palestine berdepan Lebanon untuk Hari Perlawanan 1 pada 13 Oktober 2023.

SIARAN MEDIA: SENARAI AKHIR 23 PEMAIN HARIMAU MALAYA B-23 KE KEJUARAAN B-23 AFF 2023

2023-08-16

Berikut adalah senarai akhir 23 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih B-23 kebangsaan, E. Elavarasan bagi membawa cabaran skuad Harimau Malaya B-23 pada Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand bermula 17 hingga 26 Ogos 2023.

 

BIL

NAMA

SIARAN MEDIA: SENARAI 25 PEMAIN HARIMAU MALAYA B-23 KE KEM LATIHAN PUSAT BERMULA 13 OGOS 2023

2023-08-07

Berikut adalah senarai nama 25 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih B-23 kebangsaan, E. Elavarasan bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-23 bermula Ahad, 13 Ogos 2023 untuk Kejuaraan B-23 AFF 2023 di Rayong, Thailand bermula 17 hingga 26 Ogos 2023.

 

BIL

NAMA

SIARAN MEDIA: FAM DAN MARCO WORLDWIDE LANCAR JAM TANGAN JENAMA CATERPILLAR EDISI TERHAD PERTAMA

2023-08-07

Demi mengukuhkan lagi jenama Harimau Malaya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku badan induk bola sepak negara, hari ini telah mengumumkan jalinan kerjasama terbaharunya bersama syarikat pengedar rasmi jam tangan Caterpillar (CAT), Marco Worldwide (M) Sdn Bhd untuk tempoh setahun.

SIARAN MEDIA: FAM UMUM PELANTIKAN RAKPHOL SAINETNGAM SEBAGAI KETUA JURULATIH FUTSAL HARIMAU MALAYA YANG BAHARU

2023-08-07

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan pelantikan Rakphol Sainetngam dari Thailand sebagai ketua jurulatih baharu skuad futsal kebangsaan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Chiew Chun Yong.

Rakphol, 44, merupakan ketua jurulatih Black Steel FC Papua yang membawa kelab itu menjuarai Kejuaraan Futsal Kelab AFF 2023 di Korat, Thailand pada Mei lalu dan seterusnya berjaya meraih tempat ketiga Liga Futsal Profesional Indonesia 2022/23.

SIARAN MEDIA: JUALAN TIKET PESTABOLA MERDEKA 2023 EDISI KE-42 BERMULA 9 OGOS

2023-08-05

Sepertimana yang telah dimaklumkan pada siaran media dan sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 6 Jun lalu, penjualan tiket Pestabola Merdeka 2023 Edisi Ke-42 sepatutnya bermula pada Selasa lalu (1 Ogos 2023).