News Archive: November 2016

FAM TERCALON AHLI GABUNGAN TERBAIK KATEGORI PEMBANGUNAN ANUGERAH AFC

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tersenarai sebagai calon ahli gabungan terbaik kategori pembangunan dalam Anugerah Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang akan berlangsung di Abu Dhabi, Dubai pada 1 Disember ini bersama-sama Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) dan Persatuan Bolasepak Vietnam (VFA).

Anugerah berprestij bagi kategori tersebut adalah sebagai pengiktirafan badan induk bola sepak Asia itu terhadap ahli gabungan yang mempunyai struktur pentadbiran dan pembangunan bola sepak dari peringkat akar umbi yang baik.

PIALA SUZUKI AFF 2016: MYANMAR 1-0 MALAYSIA

2016-11-27

Skuad kebangsaan, Harimau Malaysia gagal melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2016 selepas tewas 1-0 kepada tuan rumah, Myanmar pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Thuwunna, Yangon, malam tadi.

 Sepanjang 11 edisi kejohanan, ini kali ketiga Malaysia kandas di peringkat kumpulan selepas edisi 1998 dan 2008. Malaysia hanya sekali muncul juara pada edisi 2010 dan dua kali bergelar naib juara pada 1996 dan 2014.

PIALA SUZUKI AFF 2016: MALAYSIA 0-1 VIETNAM

2016-11-23

Skuad kebangsaan, Harimau Malaysia gagal meneruskan rentak kemenangan selepas tewas 1-0 kepada Vietnam pada perlawanan kedua Kumpulan B saingan Piala Suzuki AFF 2016 di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar, petang tadi.

 Namun peluang skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu untuk ke separuh akhir masih belum tertutup tetapi dengan syarat wajib untuk menewaskan tuan rumah, Myanmar pada perlawanan terakhir, Sabtu ini.

SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA 2 SKUAD FUTSAL WANITA MALAYSIA

 Berikut senarai 20 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Mohd Fairuz Mohd Noor untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 2 di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 26 November ini (Sabtu).

 Ia sebagai persiapan awal untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2017 selain Kejuaraan Futsal Wanita AFC dan Sukan Indoor Asia yang turut bakal berlangsung tahun depan.

LIGA BOLASEPAK PEREMPUAN KPM/PPBN/FAM B-16: SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH KUASAI CARTA SIRKIT PERTAMA

 2016-11-21

 Sekolah Sukan Malaysia Sabah memulakan kempen Liga Bolasepak Perempuan KPM/PPBN/FAM bawah 16 tahun (B-16) dengan langkah kanan apabila menguasai carta pada sirkit pertama setelah meraih tiga kemenangan.

PIALA SUZUKI AFF 2016: MALAYSIA 3-2 KEMBOJA

2016-11-20

Skuad kebangsaan, Harimau Malaysia bangkit dua kali daripada ketinggalan untuk akhirnya berjaya meraih tiga mata penuh dengan menewaskan Kemboja 3-2 pada aksi sulung Kumpulan B saingan Piala Suzuki AFF 2016 di Stadium Thuwunna, Yangon, petang tadi.

FAM PERKENAL SISTEM BAHARU PENDAFTARAN PEMAIN & PEGAWAI PASUKAN

 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bakal memperkenalkan sistem pendaftaran pemain dan pegawai pasukan-pasukan Liga Malaysia serta ahli-ahli gabungan menerusi Program FAM MyPAS, Disember ini.

SENARAI 24 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYSIA B-22 BERTEMU MYANMAR B-22

Berikut senarai 24 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad Bawah 22 (B-22) negara, Frank Bernhardt untuk menghadiri kem latihan pusat bermula 30 November ini (Rabu).

Ia sebagai persiapan bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu pasukan Myanmar B-22 pada 9 dan 12 Disember depan di Pusat Latihan Belia, Yangon.

BIL

SENARAI 23 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYSIA KE PIALA SUZUKI AFF 2016

2016-11-15

Berikut senarai akhir 23 pemain yang akan dibawa ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee ke Piala Suzuki AFF 2016 dengan skuad Harimau Malaysia akan bersaing dalam Kumpulan B di Yangon, Myanmar bertemu Kemboja (20 November), Vietnam (23 November) dan Myanmar (26 November).

 

BIL

NAMA

NIKE LANCAR JERSI BAHARU HARIMAU MALAYSIA 2016-2018

2016-11-15

Nike hari ini telah memperkenalkan jersi baharu skuad kebangsaan, Harimau Malaysia untuk tahun 2016 hingga 2018 pada satu majlis pelancaran yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

 Jersi 'home' dengan warna utama hitam dan jersi 'away' dengan warna utama putih itu akan mula digunakan skuad Harimau Malaysia pada kejohanan Piala Suzuki AFF 2016 dengan saingan Kumpulan B di Yangon, Myanmar akan bermula Ahad ini (20 November).