News Archive: January 2022

SENARAI 30 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT MENJELANG KEJUARAAN B-23 AFF 2022 DI PHNOM PENH, KEMBOJA

2022-01-22

Berikut senarai nama 30 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney bagi menyertai kem latihan pusat bermula Khamis, 27 Januari 2022 sebagai persiapan pasukan menjelang Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari 2022.

 

BIL

NAMA

SIARAN MEDIA: FAM UMUM PELANTIKAN KIM PAN GON SEBAGAI KETUA JURULATIH BAHARU SKUAD HARIMAU MALAYA

2022-01-21

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan pelantikan Kim Pan Gon dari Republik Korea sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan, Harimau Malaya bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe.

Pan Gon yang bakal genap 53 tahun pada 1 Mei 2022 ketika ini adalah Pengarah Pasukan Kebangsaan di Persatuan Bolasepak Korea (KFA) sejak tahun 2018 yang mana beliau sebelum itu merupakan ketua jurulatih kebangsaan Hong Kong dari 2009-2010 dan 2012-2017.

SIARAN MEDIA: BADAN SIASATAN BEBAS UMUM HASIL LAPORAN BEDAH SIASAT PRESTASI SKUAD HARIMAU MALAYA DI PIALA SUZUKI AFF 2020

2022-01-21

Selepas diumum penubuhannya pada 7 Januari 2022, Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya telah bersidang sebanyak empat kali iaitu pada 12, 14, 16 dan 20 Januari 2022.

SIARAN MEDIA: FAM TAMPIL JELASKAN QURESHI DILAMAR PADA 2020

2022-01-18

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya tiada usaha untuk memastikan pemain remaja yang berpangkalan di England, Jaami Qureshi, diberi peluang mewakili negara. 

PERDANA MENTERI MENYEMPURNAKAN MAJLIS PECAH TANAH IBU PEJABAT BAHARU FAM DI PUTRAJAYA

2022-01-17

Majlis pecah tanah bagi pembinaan ibu pejabat baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Presint 5, Putrajaya ini telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, hari ini sambil disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

SIARAN MEDIA: FAM TUBUH BADAN SIASATAN BEBAS KETUAI BEDAH SIASAT LAPORAN PRESTASI HARIMAU MALAYA DI PIALA SUZUKI AFF 2020

2022-01-07

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menubuhkan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya yang dianggotai individu-individu di luar Persatuan ini bagi mengetuai bedah siasat laporan prestasi pasukan kebangsaan di Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, bulan lalu.

Sehubungan itu, FAM melantik bekas pemain kebangsaan yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Dell Akbar Khan, untuk mengetuai badan siasatan bebas ini.

SIARAN MEDIA: FAM UMUM PELANTIKAN SCOTT O'DONELL SEBAGAI PENGARAH TEKNIKAL FAM YANG BAHARU

2022-01-05

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan secara rasmi pelantikan Scott O'Donell dari Australia sebagai pengarah teknikalnya yang baharu.

Ia bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Ong Kim Swee yang telah meletak jawatan tersebut pada 10 September 2021.

SIARAN MEDIA: TAN CHENG HOE LEPAS JAWATAN KETUA JURULATIH KEBANGSAAN

2022-01-03

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin memaklumkan bahawa ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya.

Cheng Hoe telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FAM dan menyatakan hasratnya itu berikutan kegagalan skuad kendaliannya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini.