Skuad wanita kebangsaan kendalian Asyraaf Abdullah gagal mara ke separuh akhir Kejuaraan Wanita AFF 2016 selepas tewas 2-1 kepada Myanmar pada aksi kedua Kumpulan B di Stadium Mandalarthiri, Mandalay, Myanmar, malam tadi.
Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 26 Julai 2016 (Selasa) telah mencapai keputusan berikut:
Sampel air kencing pemain pasukan PDRM, Muhammad Shafiq Jamal telah diambil pada perlawanan Liga Super 2016 antara pasukan PDRM lawan pasukan Perak di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 4 Mei 2016.
Skuad wanita kebangsaan kendalian Asyraaf Abdullah tewas 4-0 kepada Australia B-20 pada aksi sulung Kumpulan B, Kejuaraan Wanita AFF 2016 di Stadium Mandalarthiri, Mandalay, Myanmar, semalam.
Australia mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil ledakan dua gol penyerang, Cortnee Vine pada minit ke-13 dan minit ke-43. Bersambung babak kedua, Grace Maher dan Alexandra Chidiac masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-88 dan pada minit ke-89 untuk kedudukan muktamad 4-0.
Skuad B-16 negara kendalian jurulatih P Somansundram gagal mara ke separuh akhir Kejuaraan B-16 AFF 2016 selepas tewas 7-1 kepada Australia pada perlawanan terakhir Kumpulan A di Stadium Olympic, Phnom Penh, Kemboja, malam tadi.
Selepas Nizarruddin Jazi berjaya mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-29, skuad negara seakan hilang punca apabila dibolosi enam gol sepanjang babak kedua.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin memberi reaksi terhadap tindakan empat pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) - Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq Rahim, S Kunanlan dan Amirulhadi Zainal yang membuat keputusan secara tiba-tiba untuk bersara daripada mewakili skuad kebangsaan, minggu lalu.
Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, hari ini mengumumkan tiga perlawanan persahabatan antarabangsa “A” yang sudah pun disahkan untuk dihadapi skuad Harimau Malaysia kendaliannya pada tarikh kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada September dan Oktober ini.
Jaringan tunggal Muhammad Nizarruddin Jazi pada minit ke-84 ketika perlawanan keempat Kumpulan A di Stadium Olympic, Phnom Penh, Kemboja malam tadi memastikan peluang Malaysia untuk ke separuh akhir Kejuaraan B-16 AFF 2016 masih menyala selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar.
Sudah tentu saya terkejut dengan pengumuman kedua-dua pemain ini lewat petang semalam tetapi pada masa yang sama saya berasakan yang mereka tentunya sudah memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan tersebut.
Bagi saya, ia satu kerugian tetapi jika benar ini keputusan mereka, kita harus menghormatinya kerana sudah pasti mereka berdua telah pun berbincang dengan keluarga masing-masing sebelum membuat keputusan.
Skuad wanita negara kendalian ketua jurulatih, Asyraaf Abdullah menumpaskan Singapura 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa sulung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, malam tadi.
Pemain tengah, Norsuriani Mazli menjaringkan gol pendahuluan buat Malaysia setelah menyudahkan umpanan Jaciah Jumilis pada minit ke-13 sekali gus menewaskan penjaga gawang Singapura, Noor Kusumawati Rosman.
Skuad B-16 negara kendalian P Somasundram kini berada di Phnom Penh, Kemboja untuk menyertai Kejuaraan B-16 AFF 2016 yang akan bermula pada Ahad, 10 Julai hingga 23 Julai 2016.
Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama naib juara tahun lalu Myanmar, Australia, Filipina, Vietnam dan Singapura manakala Kumpulan B hanya menampilkan lima pasukan terdiri daripada juara bertahan Thailand, tuan rumah Kemboja, Laos, Timor-Leste dan Brunei.