News Archive: March 2021

SIARAN MEDIA: CASIO JALIN KERJASAMA BERSAMA FAM

     2021-03-31

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan telah menjalinkan kerjasama bersama syarikat multinasional Jepun, Casio bermula 1 Mac 2021 sehingga 28 Februari 2022.

Perjanjian penajaan itu telah ditandatangani di antara Pengedar Rasmi Casio Malaysia, Pengarah Eksekutif Marco Corporation, Encik Ong Sim Jeng dan Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

SIARAN MEDIA: FAM, MAXIM EVENTS DAN BOOST JUICE BARS JALIN KERJASAMA LANCAR LIGA SUPARIMAU

2021-03-30

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Maxim Events dan Boost Juice Malaysia, hari ini menjalinkan usaha sama bagi melancarkan edisi pertama Liga SupaRimau FAM.

Penganjuran kejohanan berlandaskan pembangunan bola sepak dan akar umbi itu bakal menyaksikan lebih kurang 300 pasukan yang diwakili oleh akademi bola sepak yang sudah memiliki Piagam SupaRimau.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI PERTAMA BAGI PENGGAL 2021-2025

2021-03-26

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali pertama bagi penggal 2021-2025 pada Rabu, 24 Mac 2021 telah mencapai keputusan-keputusan berikut:

 

1. Pemain Kelantan FC - Jack Raymond Hindle

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM (edisi 2015) iaitu kelakuan yang tidak bersemangat sukan pada perlawanan Liga Premier 2021, Kelantan FC lwn Perak FC II di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 6 Mac 2021.

TINDAKAN FAM TERHADAP BEBERAPA INSIDEN MEMBABITKAN PENGADIL & PEMAIN PADA HARI PERLAWANAN 5 LIGA SUPER 5 2021

2021-03-23

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan dan tindakan berhubung beberapa insiden membabitkan pengadil dan pemain yang berlaku pada perlawanan Liga Super 2021 sepanjang Hari Perlawanan 5.

 

1. Perlawanan Liga Super 2021, Perak FC lwn Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh pada Ahad, 21 Mac 2021

SIARAN MEDIA: PRESIDEN FAM UMUM PELANTIKAN PENGERUSI & TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP, JAWATANKUASA AD-HOC, BADAN KEHAKIMAN & BADAN BEBAS FAM BAGI PENGGAL 2021-2025

2021-03-21

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2021-2025 telah berlangsung selama lima jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.

Ia telah dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan dihadiri oleh kesemua baki 16 orang Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM lain yang telah dipilih pada sesi pemilihan pada Kongres FAM Ke-57 di Putrajaya pada Sabtu lalu, 13 Mac 2021.

SIARAN MEDIA: FAM-PSM TERUSKAN KERJASAMA UNTUK TEMPOH LIMA TAHUN SEHINGGA DISEMBER 2025

2021-03-16

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), hari ini telah mengumumkan lanjutan perjanjian bersama sehingga 31 Disember 2025 untuk Stadium Nasional yang terletak di Kuala Lumpur Sports City (KLSC), Bukit Jalil terus menjadi 'Rumah Harimau Malaya' bagi tempoh lima tahun yang akan datang.

SIARAN MEDIA: SENARAI 28 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA DARI 22 HINGGA 30 MAC 2021

2021-03-15

Berikut senarai nama 28 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya selama sembilan hari di Johor Bahru, Johor bermula Isnin, 22 Mac 2021 hingga Selasa, 30 Mac 2021.

SIARAN MEDIA: TINDAKAN FAM TERHADAP BEBERAPA INSIDEN MEMBABITKAN PENGADIL & PEMAIN PADA HARI PERLAWANAN 1 & 2 LIGA SUPER & LIGA PREMIER 2021

2021-03-15

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan dan tindakan berhubung beberapa insiden membabitkan pengadil dan pemain yang berlaku pada perlawanan Liga Super dan Liga Premier 2021 sepanjang Hari Perlawanan 1 dan 2.

 

1. Perlawanan Liga Premier 2021, Kelantan FC lwn Perak FC II di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Sabtu, 6 Mac 2021

KEPUTUSAN PEMILIHAN JAWATANKUASA EKSEKUTIF FAM 2021-2025 PADA KONGRES KE-57

2021-03-13

Sesi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2021-2025 telah berlangsung pada Kongres Tahunan FAM Kali Ke-57 yang diadakan di Hotel Zenith, Putrajaya pada Sabtu, 13 Mac 2021.

Jawatan Presiden kekal menjadi milik Datuk Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin yang menang tanpa bertanding untuk beliau terus kekal menerajui FAM bagi penggal kedua selepas dipilih sebagai Presiden FAM pada 14 Julai 2018.

SIARAN MEDIA: PERTANDINGAN PIALA PRESIDEN & PIALA BELIA MUSIM 2021 BERFORMAT BARU

2021-03-05

Susulan keputusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Kali ke-12 seperti yang diumumkan pada 12 Januari lalu, pihak FAM ingin memaklumkan bahawa format dua pertandingan di bawah kelolaan FAM iaitu Piala Presiden dan Piala Belia akan dijalankan dengan format baharu untuk musim 2021 sahaja.