News Archive: August 2021

SIARAN MEDIA: PEMBATALAN PERTANDINGAN PIALA PRESIDEN DAN PIALA BELIA 2021

2021-08-31

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan ini memaklumkan secara rasmi bahawa pertandingan Piala Presiden dan Piala Belia 2021 adalah dibatalkan dengan serta-merta.

Ia selepas mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19, hal-hal pengoperasian serta keselamatan kesemua pemain, pegawai, petugas perlawanan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran kedua-dua pertandingan ini.

SIARAN MEDIA: LITTLE JOE JALIN KERJASAMA SULUNG BERSAMA HARIMAU MALAYA

2021-08-30

Buat peminat Harimau Malaya, anda kini boleh terus menzahirkan sokongan terhadap skuad kebangsaan menerusi jenama penyegar udara terkenal Switzerland, Little Joe selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan jalinan kerjasama bersama syarikat itu, hari ini.

SIARAN MEDIA: FAM LANTIK MOHD SAIFUDDIN ABU BAKAR SEBAGAI SETIAUSAHA AGUNG YANG BAHARU

2021-08-30

Dengan pelantikan Stuart Ramalingam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL) yang baharu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Saifuddin Abu Bakar sebagai setiausaha agungnya yang baharu berkuat kuasa 1 September 2021 bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Stuart.

SENARAI 27 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA 1 SKUAD B-20 KEBANGSAAN DARI 30 OGOS HINGGA 7 SEPTEMBER 2021

2021-08-25

Berikut senarai nama 27 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad bola sepak B-20 kebangsaan, Brad Maloney bagi menyertai kem latihan pusat Fasa 1 secara kuarantin selama sembilan hari di Petaling Jaya, Selangor dari 30 Ogos hingga 7 September 2021 sebagai persiapan awal menjelang saingan Kumpulan J, Kelayakan Piala Asia B-23 2022 bertemu Laos, Mongolia dan Thailand di Ulaanbaatar, Mongolia dari 25 hingga 31 Oktober 2021.

 

SENARAI 28 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD WANITA HARIMAU MALAYA BERMULA 21 OGOS 2021

2021-08-20

Berikut senarai nama 28 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad bola sepak wanita kebangsaan, Jacob Joseph untuk menyertai kem latihan pusat skuad wanita Harimau Malaya bermula Sabtu, 21 Ogos 2021 bagi persiapan menghadapi saingan Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 bertemu Palestin dan Thailand dari 19 hingga 25 September 2021 di Palestin.

 

BIL

SIARAN MEDIA: SENARAI 28 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD WANITA HARIMAU MALAYA BERMULA 21 OGOS 2021

19.08.2021

Berikut senarai nama 28 pemain yang dipanggil oleh Ketua Jurulatih skuad bola sepak wanita kebangsaan, Jacob Joseph untuk menyertai kem latihan pusat skuad wanita Harimau Malaya bermula Sabtu, 21 Ogos ini bagi persiapan menghadapi saingan Kumpulan H, Kelayakan Piala AFC Wanita 2022 bertemu Palestin dan Thailand dari 19 hingga 25 September 2021 di Palestin.

SIARAN MEDIA: FAM PULANG SEMULA TARIKH DUA AKSI ANTARABANGSA SEPTEMBER INI KEPADA MFL

2021-08-09

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan untuk memulangkan semula tarikh bagi panggilan skuad kebangsaan, Harimau Malaya bagi jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 30 Ogos hingga 7 September ini kepada badan pengendali Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) untuk dilangsungkan perlawanan Liga Malaysia 2021 pada tempoh tersebut.

TUJUH LEGENDA DIMASYHURKAN SEBAGAI ANGGOTA KELAB ABAD FIFA

2021-08-03

Empat legenda negara diisytihar sebagai ahli terbaharu Kelab Abad FIFA, termasuk Dato’ Soh Chin Ann yang disahkan sebagai pemilik caps antarabangsa terbanyak dengan mengumpul 195 caps sepanjang 15 tahun menyarung jersi Malaysia.

Pengesahan ini disampaikan oleh FIFA, hari ini menerusi kemas kini terbaharu terhadap keanggotaan Kelab Abad FIFA atau FIFA Century Club yang dikhaskan untuk pemain yang mencatat 100 penampilan antarabangsa ke atas.