News Archive: August 2015

Senarai akhir 23 pemain Harimau Muda C ke Kejuaraan B-19 AFF 2015

Berikut senarai akhir 23 pemain Harimau Muda C yang dipilih ketua jurulatih skuad B-19 negara, Hassan Sazali Waras ke Kejuaraan B-19 AFF 2015 di Vientiane, Laos dari 22 Ogos hingga 4 September ini.

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

1

Juara Liga Premier ditentukan pada aksi terakhir

Pasukan mana yang bakal bergelar juara Liga Premier 2015 hanya akan dapat ditentukan pada perlawanan terakhir Jumaat ini selepas ketiga-tiga pasukan teratas berjaya mencatat kemenangan pada perlawanan ke-21, malam tadi.
 

Senarai 22 pemain Harimau Malaya bertemu Bangladesh, 29 Ogos 2015

Berikut senarai 22 pemain dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh untuk kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 23 Ogos (Ahad ini) bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Bangladesh di Stadium Shah Alam pada 29 Ogos (Sabtu).

BIL

NAMA

UMUR

FAM anjur kursus pengadilan menjelang Piala Malaysia 2015

2015-08-17

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal mengadakan Kursus Pengadilan Ahli Gabungan FAM di Puteri Garden Hotel, Klang yang dijadualkan dari 23 hingga 28 Ogos ini.

Kursus yang bertujuan untuk mempertingkatkan mutu pengadilan bagi menghadapi kempen Piala Malaysia 2015 dijadual bermula 11 September ini akan disertai oleh 57 orang pengadil dari 14 buah negeri.

Pahang pintas JDT di tangga teratas Liga Super

Pahang berjaya merampas semula tangga teratas Liga Super 2015 selepas meraih satu mata apabila mencatat keputusan seri 1-1 dengan Perak pada perlawanan ke-20 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
 
 Ia berikutan kekalahan juara bertahan yang juga pendahulu carta liga pada dua perlawanan sebelum ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) kepada Kelantan 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
 

Pulau Pinang rampas tangga kedua Liga Premier

Kedah kekal di tangga teratas Liga Premier 2015 tetapi gagal melebarkan jurang mata selepas tewas 2-0 kepada Negeri Sembilan pada perlawanan ke-20 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.
 
 Sebaliknya Pulau Pinang kembali mengekori rapat Kedah apabila berjaya merampas tangga kedua daripada T-Team selepas mudah membelasah Sabah 4-0 di Stadium Bandaraya.
 

Senarai 23 pemain untuk latihan pusat hadapi Kejuaraan B-19 AFF 2015

Berikut senarai nama 23 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-19 negara, Hassan Sazali Mohd Waras untuk menyertai kem latihan pusat di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil bermula Isnin ini sebagai persiapan menghadapi  Kejuaraan B-19 AFF 2015 di Vientiane, Laos dari 22 Ogos hingga 4 September ini.

Senarai pemain Malaysia B-14 ke Festival Bola Sepak Serantau AFC B-14 2015

Berikut senarai 20 pemain skuad bawah-14 tahun (B-14) negara yang menyertai Festival Bola Sepak Serantau AFC B-14 2015 di Bandar Seri Begawan, Brunei dari 18 hingga 23 Ogos 2015.

BIL

NAMA

POSISI

Hanya JDT, Pahang terus rebut kejuaraan Liga Super

Dua pasukan teratas, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang berjaya menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan ke-19, malam tadi, sekali gus menyaksikan hanya dua pasukan itu kini yang bersaing merebut kejuaraan Liga Super 2015.
 
 Berbaki tiga lagi perlawanan, JDT selaku juara bertahan kekal di tangga teratas dengan 43 mata diikuti Pahang di tangga kedua dengan 42.
 

Harimau Muda C tewaskan Inter Bratislava B19 2-1

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras melakar kemenangan ke-15 menundukkan Inter Bratislava B-19 2-1 pada aksi ketujuh belas siri perlawanan di Slovakia, pada hari Selasa (11 Ogos 2015).

Penyerang licik, Mohamed Syamer Kutty Abba muncul wira apabila meledak dua gol pada minit ke-56 dan ke-61 untuk membawa jumlah gol keseluruhannya musim ini kepada 7 gol di belakang penjaring terbanyak pasukan, Muhammad Jafri Firdaus Chew dengan 11 gol.