News Archive: July 2015

Harimau Muda C terus cemerlang di Slovakia

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras meumpaskan FK Lokomotiva Trnava B-19 2-0 pada aksi kesebelas siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.

Gol-gol yang dijaringkan oleh penyerang, Badrul Amin Rusalan pada minit ke-38 dan pemain tengah, Kogileswaran Raj pada minit ke-84 membolehkan pasukan bawah-19 tahun negara meraih kemenangan kesepuluh berturut-turut.

Siaran media: Malaysia XI lwn Liverpool FC

Liverpool FC mahu meneruskan rentak cemerlang pada ketika kelab Liga Perdana Inggeris itu bersedia untuk perlawanan yang dinanti-nantikan iaitu menentang skuad Pilihan Malaysia (Malaysia XI) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini (24 Julai) susulan kemenangan impresif dalam Jelajah Pra-Musim Asia 2015 mereka setakat ini.

Senarai terbaharu 20 pemain skuad Malaysia XI lwn Liverpool

Berikut senarai terbaharu 20 pemain yang membarisi skuad Pilihan Malaysia (Malaysia XI)  untuk bertemu Liverpool pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Jumaat ini (24 Julai 2015).

 Skuad Malaysia XI kendalian ketua jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh itu sudah memulakan sesi latihan hari pertama di Wisma FAM, Kelana Jaya pada pagi dan petang tadi.

Harimau Muda C menang kali ke-9

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras mencatat kemenangan selesa apabila menewaskan MFK Dubnica nad Vahom B-19 3-0 pada aksi kesepuluh siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.

Pasukan bawah 19 tahun negara selesa mendahului 2-0 pada babak pertama melalui gol-gol yang dijaringkan oleh Danial Ashraff Abdullah pada minit ke-12 dan Jafri Firdaus Chew pada minit ke-18.

Senarai 20 pemain skuad Pilihan Malaysia bertemu Liverpool

Berikut adalah senarai nama 20 pemain yang terpilih untuk membarisi skuad Pilihan Malaysia bertemu Liverpool bagi perlawanan persahabatan antarabangsa yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 24 Julai ini.

 Ketua jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan skuad Pilihan Malaysia telah menyenaraikan 15 pemain tempatan dan lima pemain import untuk perlawanan berkenaan.

Kemenangan kelapan berturut buat Harimau Muda C

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras menumpaskan MFK Topvar Topolcany B-19 1-0 pada aksi kesembilan siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.