2016-04-21
MISC-MIFA berjaya meraih kemenangan 1-0 ke atas Felcra FC pada pertembungan dua pasukan teratas saingan Kumpulan A Piala FAM 2016 di Stadium Mini USIM, Nilai, semalam.
Penyerang, K Davindran muncul wira MISC-MIFA apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan yang menyaksikan skuad kendalian Jacob Joseph mengambil alih teraju kumpulan mengatasi Felcra FC di atas kelebihan jaringan gol.